Resipi Cotton Japanese Cheesecake (Easy steps for beginner like me!)

Bismillahirrahmanirrahim.


Original recipe : emiliaputeri.blogspot.my and aziejaya.blogspot.my . Thank you !


Pernah tak tengok anime or cerita jepun lepastu ada part dia makan kek, rasa weyyy nampak sedapnyaaaa lembutnyaaaaa. Walaupun taktahu lah sebenarnya diorang makan kek apa, tapi yess this cotton japanese cheesecake is soooo yummy!


Spoiler : I dont know why... but in the early hours after the cake ready to eat, it taste a little bit egg-sy, but still edible and delicious... kot :P Tapi bila makan lepas dia bebetul sejuk, yess nyummyyy, in my preference.


Anyway, let's get started!


Oh and by the way, i dont know why I did not take single shot of each ingredients, so measurements and ingredients in one photo, as below :D




Now, let's start with the steps :D




Mula-mula, masukkan cream cheese dan butter dalam satu bekas sederhana kecil - Untuk dicairkan dengan teknik double boiler.




Untuk melengkapkan benda yg nak didouble boilerkan , masukkan susu segar, pastu double boil kaaaaaaan. Bila adunan dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu.




Sementara tunggu cheese cair, mintak tolong adik ke tolong kacau kan cheese tu, dalam bekas lain (Mixer), masukkan putih telur dan pukul sampaaaaaai lah berbuih buih atau foamy. 



Lebih kurang macam ni.




Okay... sebenarnya kite tertinggal letak jus lemon sebelum dia jadi bertanduk, sebelum letak gula.... so kite letak steps ni kat sini kay. Masukkan 3/4 tsp jus lemon bila dia dah berbuih. Kacau lagi sikit.




Next, masukkan gula dan kacau kacau kacau lagi sampai lah dia bertanduk (soft peak) . Pukul adunan lelama sikit pun takpe sebab kena make sure dia bebetul jadi soft peak.



Masih dalam proses whisking.



Dan dah siapppp.


Just in case nak confirm dia dah bertanduk tu, terbalikkan bekas sikit. Kalau takde drop titisan adunan tu insyaAllah okay lah tu. Tapi kalau guna bekas gelas macam saya ni, susah jugak nak buat konsep tu sebab dia licin sikit.




Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung.




Pastu masukkan kuning telur.




Masukkan 1 Tbs jus lemon.




 Masukkan sedikit garam.




Opps gambar senget pula :P


Okay kacau bahan-bahan yg baru dimasukkan tadi. Kacau dan kacau sampai sebati.



Jenguk kejap cream cheese dah siap dan dah disejukkan ke.




Pastu masukkan cream cheese yg dah disejukkan tadi dalam adunan yg kite baru je kacau kacau tadi dan.... kacau lagi, sampai lah sebati.




So sekarang kite ada dua bekas adunan. Satu geng adunan kuning telur, satu geng putih telur.




Campurkan geng kuning telur kedalam geng putih telur. Macam biasa, kacauuuu lagi, sampai sebati.




Dan taraaa dia akan jadi macam ni. Masukkan dalam loyang ikut size yg awak suka. (Sepatutnya guna loyang yg tinggi lagi sikit).


Bakar kek dalam oven, suhu 160 degree Celsius dalam lebih kurang sejam. TAPIII bukan bakar dalam oven macam biasa, kite kena guna teknik waterbath (brain-marie) yg mana loyang kek kite diletakkan dalam satu lagi loyang yg size lagi besar dan diisi dengan air (tinggi lebih kurang separuh tinggi loyang kek). Em kalau explaination kite kurang difahami, awak boleh google tauuuu.



Kek bila dia dah naik kembang sekejap.




Dan macam biasa, sementara tunggu kek masak, basuh bekas-bekas yg digunakan dan kemas bahan-bahan okayyy.


Nak dekat sejam kemudian.......



Taraaaaaa.


Kek telah dipotong dan disusun dalam susunan yg abstraknyaaaa hahahaha! Sila susun kemas-kemas tau jangan tiru cemniiii.




The cake suppose to be more thicker. But this is fine too i think. Just for our dessert or hi-tea or snacks!


Selamat mencuba kepada mereka yg ingin mencuba!


Oh by the way, to you guys who did use the recipe on my blog as reference, I reallyyyy would love to read your feedback, sooo tag me on any social medias that you can reach me! Preferably instagram, twitter or facebook or even Askfm!


InsyaAllah next up moist chocolate cake recipe!


Selamat mencuba resipi ni :D


Thanks for reading! xx


Resipi donut lembuuuut (Steps bergambar!)

Bismillahirrahmanirrahim. (Disclaimer : This will be mix language post ehem ehem)


I've been trying this new recipe for donut (My friend tagged me on facebook, for view click hereeeee), and I really really really lovin' it! The texture are soooo soft and quite fluffy and it didn't feel so heavy. So, I'm excited to share this recipe for muujaaa.blogspot readers!


Oh bytheway, this blog has reached 100k ++ views... I know there are a lot of other blogs that has reached more views, but I'm really222 thankful that you guys willing to read this blog yg kadang2 tahpape je. Emmm (But still hoping that it will provide a little bit infos for the readers).


Anyway let's get started! ( I didn't edit the photos (eg. brightness, contrast) except for the fonts, because i think the photos did not need any filter, I'm amazed! As it is pretty as it is :P )


Main Ingredients for the dough.

*Tbs : Tablespoon (Sudu besar)
*Tsp : Teaspoon (Sudu kecil)




These are the flatlay view of the main ingredients (for quick checklist when you on-the-go-shopping).


Dah ada barang-barang, scroll down untuk sukatan pulak! Measurement cups and spoons are really helpful


Measurements for main ingredients.



Sila rebus kentang terlebih dahulu sebelum ready kan barang-barang lain. Pastu lenyekkan ia menjadi kentang lenyek.



Basuh telur pastu pecahkan dalam mangkuk dan kacau dengan 1 sudu kecil garam.



Kite guna tepung gandum biasa je.



Oh dan extra tepung gandum sebagai watak superhero in case dough lembik sangat sangat sangat.



Kite kacau dengan sedikit air suam dulu, dalam 3/4 atau hampir penuh mangkuk kecik tu. Gambar ni bila yeast tu dah mongombang yoww. Kite pernah baca instant yeast boleh taruk terus tanpa kacau dengan air suam dulu, tapi again playsafe tengok dia hidup ke tak sebab pernah beli yeast tapi tak naik..... sebab mcm dah expired..... zzzzz.......






Kite pun baru tahu kena guna susu tepung. Anyway kite guna susu tepung nespray yg peket kuning tu. Kite ada baca guna susu tepung baby pun boleh. Yelah, taknak membazir kan beli susu tepung baru semata nak guna untuk 2 sudu besar nak buat donat jeeeee



First time kite ambek sukatan 100 ml air ni guna botol susu anak buah kite kakaka weh senangggg pastu esoknya baru jumpa benda nak sukat air hahaha



Original recipe guna shortening, tapi kite guna marjerin. Sebab ada pengalaman beli shortening tapi jarang sangaaaaaaaat guna pastu tah taktahu jadi apa dah dengan shortening tu krik krik. So untuk tak membazir, play safe guna marjerin. Boleh sapu kat roti!


Okay dah siap bahan-bahan, cara-caranya pulak.


1. Highly suggested untuk basuh tangan dan lap (Guna kitchen towel or kain bersih).

2. Make sure kentang dah rebus dan dilenyekkan sebab ia akan jadi geng bahan kering.

3. Dalam bekas lain, basuh telur, pecah dan masukkan dalam bekas tu, kacaukan dengan garam. Kacau biasa-biasa je sampai sekata, takyah gigih sampai bertanduk pulak. Ketepikan beliau kejap kay.

4. Tepung yg kite dah ready tu make sure dalam satu bekas yg selesa untuk diuli. Masukkan geng bahan kering bersama-sama dengan tepung tadi. Sape pulak lah geng bahan kering (GBK) ni? GBK ni terdiri daripada :



Memula kentang.



Pastu baking powder.



Pastu masukkan gula.



Next, susu tepung.



Yeast.


Geng geng ni akan jadi cemniiii.



Okay ni bukan cendol tau.......



Gaulkan mereka sebati.


5. Agak-agak instinct dah macam okay la tu, kite masukkan telur+garam tadi. Cam biasa, gaul lagi.




6. Masukkan air sikit sikit.




7. Taktahu kenapa bancuhan kite jadi cam bancuhan cekodok pisang..... waktu ni lah nak SOS extra tepung!



Masukkan sikit-sikit, alter sampai rasa jadi doh.




Kite bukan nak bagi dia kogheh bonar tau (Read: Keras betul), so tepung extra tu kena bajet-bajet je. Uli uli sampai doh tu akan jadi macam tak berapa nak lekat kat tangan tapi ada rasa lembap lembap sikit. Dan dah nampak rupa doh.


8. Masukkan marjerin or shortening whichever you used.




Gaul sampai rasa cam elastic-elastic camtu. Tak keras sangat tak lembik sangat. Kalau rasa cam eh betul ke lembut cam ni? Don't worry, dough ni was not meant to be keghah ketong (Keras gilaaa)


Sorry gambar blur pula......


9. Doh yg dah siap diuli, sila ketepikan *EDIT : Sorryyy takyah tutup dengan kain lembap..* Tunggu lebih kurang sejam, bagi doh tu kembang 2x camtu.




Ha sementara tunggu tu, jangan la tidur pulak. Bolehlah basuh mangkuk-mangkuk atau peralatan yg dah guna tadi. A clean kitchenplace trigger better appetite gitu :3 Kang tangguh tangguh kang letih pulak pastu bertimbun pinggan mangkuk dalam sink....


10. Nak dekat sejam camtu, sila sediakan dua bekas yg ditabur tepung. Satu untuk letak donat yg telah dibentuk. Satu lagi untuk cap tangan supaya waktu bentuk tu doh tak melekat kat tangan k.




Lebih kurang sejam kemudian .....................


Taraaaaa.



Dah nampak doh cam kembang 2x tu.


11. Kite tumbuk, keluarkan angiiin.




12. Pastu boleh bentukkan. Dinasihatkan. Jangan. Ikut. Bentuk. Tak kemas. Macam. Ni...... Haha..... Ni rushing punya nak bentuk. Ada kite baca, kite copy paste "bulat2kan dulu.Biar dia naik sikit.Bila dah naik sikit, tekan je sikit2 kat atas doh tu.leper sikit je.Lps tu tekap bulat tgh guna penutup botol.Biar dia naik skali lg"


Tapi kalau rushing, bolehlah buat cam kite je hahahahaha.




13. Lepas dah siap bentuk, kite biarkan dia sekejap dalam 20 minit. Biar dia naik kembang balik ek.



 Jadi lebih kurang camni. Bolehlah dah nampak bentuk kannn.


14. Panaskan minyak, boleh goreng dalam api sederhana. Lepas dah goreng, tunggu dia sejuk sikit.



Boleh readykan gula icing kat tepi untuk digolek golekkan! (Gula biasa pun boleh ikut cita rasa)


Eh ni bukan donut hipster tau banyak banyak colour. Goreng ikut lah awak suka texture dia camne. Kite suka yg cam medium garing cemni.



Tengah type post ni tetibe rasa nak makan donut lagi. Hahahaha......



Ni contoh donut yg dah siap.


Dah boleh hidangggg.



My niece makan donut!


Lepas dah dirasa dan dimakan oleh beberapa orang sehingga habis dah donut-donut tu, hampir semuanya bagi feedback yg sangat positive! My dad likes it. My siblings loves it. Even my husband said "Sedap, lain daripada biasa rasa dia". #Happywife.


As for myself, I'm reallyyy satisfied! 
- Lembut
- Fluffy
- Not soo heavy
- Taste a little bit different
- Great texture
- Tak serap minyak sangat
- Dan orang lain suka & makan! I didnt have to finish them by myself hahahaha.


Okay that's all. Questions and inquiries cam biasa, comment below or email or comment on instagram (Don't dm me, avoid check them late as sometimes I didnt rexeive notifications) or Askfm @mujahidahasri . 


Selamat mencuba! Thanks for reading :D