Winterbreak Post Challenge Day 1

Bismillahirrahmanirrahim.


Susulan daripada post yg lepas ; Winterbreak post challenge . Ha , harini kite nak update Day 1 punya :D


Jeng jeng jeng.


Resipi Red Velvet Kek versi perantauan.


Kenapa nama dia macam tu? Sebab :
1- Kite dekat perantauan.
2- Kite guna concept find & grab je barang dekat dapur & groceries shop.
3- Kite takde lah pandai sangat baking, tp sebab rasa nak makan punya pasal..... Ha ha ha.


Btw, ni bukan first time tau kite buat red velvet. First time dulu, rasanya macam lori gula jatuh dalam kek. Haha. Second time, better but tak berapa nak lembut sangat. Third time, Alhamdulillah kena lah dengan selera. Kekekeke.


So anyway, kite nak share resipi red velvet yg kite guna :D Sebenarnya original recipe dapat daripada kakak senior (Thanks kak!) cuma diolah sikit ikut keselesaan hihihi.


Anyway, let's get started.




Bahan-bahan yg kite guna.

Red Velvet
- 2 1/2 cups all purpose flour
- 1 4/5 cups gula -Kite blend bagi halus-
- 2 tbs cocoa powder
- 1 tsp garam
- 1 tsp baking powder
- 2 biji telur
- 1 1/2 cup melted butter
- 1 cup buttermilk
- 2 tsp vanilla 
- 2 tsp cuka
- 2 penutup red colouring


Ha, apa tu buttermilk? Kite pun taktahu apa sebenarnya haha. Kite prepared it manually. macammana?

1 tbs cuka/lemon juice combine dengan 1 cup of milk. Stand for 5 minutes.


Cream Cheese Frosting
- 1 1/4 of cream cheese
- 1/2 cup melted butter
- 1 tsp vanilla
- 2 tbs whiping cream
- 1 cup sugar - kite blend sebab nak bagi halus hehe -


Cara-cara :

1. Untuk Red Velvet cake, Sediakan 3 biji mangkuk. 2 mangkuk besar 1 mangkuk kecik. Disebabkan kite takde mixer, kite pun mengerah tenaga mixed guna chop stick. Haha.

2. Mangkuk besar yg pertama, gabungkan tepung + gula yg dah diblend halus + cocoa powder + baking powder + baking powder. Gaul.

3. Mangkuk besar yg kedua, gabungkan telur yg dah dikacau + melted butter + vanilla + vinegar + pewarna merah.

4. Slowly gabungkan nombor 2 dalam nombor 3 selang seli dengan buttermilk. Kacau hingga sebati.

5. Sementara tu panaskan oven dalam 10 minit.

6. Masukkan acuan tu dalam oven dan bake for 35-40 minutes - 180 degree celcius.

7. Untuk cream cheese frosting, memula kite guna blender , tp sebab macam payah nak cuci etc. kite pun guna tenaga manually. Haha. Gabung semua bahan, sebenarnya takguna susu tp sebab nak jimat bahan & nak senang kacau, kite pun guna haha. Ada lah jugak orang tanya "Guna susu pekat ke?" xD Tapi rasa still cream cheese lah. Hehe.

8. Bila cake dah siap bake, sapu cream cheese. Crumbles cake taburkan atas cake tu. Dan siapppp.


Selamat mencuba! Assalamualaikum :)


Winterbreak post challenge.

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah yeay dan em dah mid year rupanya academic session untuk year ni. Kitorang baru je start winterbreak err about 2 - 3 days. Tahun ni exam midyear after winterbreak, so ce bayangkan a week before exact date of holiday tu 'rajinnya' nak gi kelas... Nasib baik ada member2 yg berdedikasi, so tak terpontenglah kite. Yeayeys.


Anyway anyhow , surprisingly and cutiepiely , kitorang macam taktahu (kengkonon taktahu) kitorang cuti berapa lama tau. Originally, about 2 weeks je. Exam will be start on 15th Febr katanya. Pastu tetibe macam Doctors from Zagazig & other Uni's kata cuti akan jadi sebulan  :O Tapi tak confirm lagi.


So macam em. Rajin lah pulak nak list kan pro & cons kan. And this is my personal opinion, nak berbaloh kata personal opinion I salah, ewah sukahati lah I nak beropinion cemana pun. Opinion itu satu benda yg subjective. Kan.


Anyway, Pro:

1. Yeays cuti lama! Boleh bermalas malasan dengan lebih lama di rumah kesayanganku.
2. Keselamatan.
3. Boleh lah kite seround dua tiga empat lima round bermovie-an. Hahahaha
4. Takyah paksa orang bangun tidur awal suruh guna toilet dulu lepastu I sambung tidur sepuluh minit lepastu baru bangun balik guna toilet lepas dia.
5. Laundry takbanyak equals to takbanyak baju nak kena lipat sambil tengok drama.
6. Boleh study lama sikit in case exam pun postpone.


And the cons :

1. Bermalas-malasan equals to penternakan lemak yg berpotensi tinggi . Dangerous!
2. Internet banyak akan diguna untuk download cerita.
3. Bangun lambat sebenarnya takberapa nak elok.
4. Bila nak habis syllibus in case academic session di drag.
5. In case cut topics from syllibus tak berapa nak molek untuk jangka masa panjang.
6. Exam postpone , positive stress pun prolonged , memintak tak dinaikkan piawaian susah . InsyaAllah senang ameeen.


So nak dijadikan cerita, disebabkan tetibe semenjak dua menjak ni rasa macam nak berblog (Rindu nak bebel lettuw haha) dan untuk kengkonon taknak wasting my precious time & holiday, i've decided to buat winterbreak post challenge! Berjalan ke tidak tu cerita lain kekeke.


Okay that's all for the time beinggg. Take care everybody.
Assalamualaikum :)