26.10.14

Living in Kampung vs Living in Bandar.

Bismillahirrahmanirrahim.


Rasa macam zangat zangat zangat zangat zangat lama tak update blog. Bukan lah maknanya dah jadi pendiam sekarang ni, tapi untuk menulis tu memerlukan mood dan semangat yg agak tinggi, gitu.


Anyway, today kite rasa nak ulas topik living in kampung vs living in bandar. Our opinions may be varies (Tu pun kalau ada yg baca lah hikhik) , but this is me, writing based on my experience. So, nak bangkang ke nak setuju ke or nak remain neutral ke are mostly welcomed *smiley konon comel.


Dedulu kalau cikgu suruh buat karangan 'Kelebihan tinggal di bandar dan di kampung" mesti rasa macam nak buat points more to Living in Bandar (So biased, menyampah noks) , sebab yelah , balik kampung berapa hari je , tu pun sekali sekala atau waktu hari raya je. So mcm mana nak banyakkan points kelebihan tinggal di kampung kan. 


Menulis dengan menggunakan points yg dibaca dan menulis daripada pengalaman will give a lil bit chilly points. Macam hekeleh seriously gebang. You pernah rasa ke? camtu. Haip jangan prejudis. Apa-apa pun, point nya ialah menulis berdasarkan bahan bacaan dan menulis berdasarkan pengalaman ada lah jugak bezanya, KOT. (Tolong tetapkan pendirian boleh tak kak?)


Back to the topic.


Alhamdulillah , Allah bg peluang dekat family sy untuk rasa life kacukan anak bandar-kampung . (Gombak - K. Terengganu) (A month in Gombak, a month in Terengganu or tengok lah cane ikut mood ? hahaaha!)

*Iklan jap nak monolog
  1. Taktahu Gombak ni bandar ke tak tp rumah parents kite dekat dengan LRT, sekitar tu ada lah jugak 2 famous shopping malls, hypermarket berlambok2. So bandar ke canee.
  2.  Eh btw, kampung dekat sini memang maksud KAMPUNG k. Bukan kampung yang dua tiga kali lintas jalan dah sampai Mydin Mall ke Giant ke. 
  3. Untuk pergi ke one stop groceries hunting places mcm Giant ke apa ke , kena melalui banyaaak kampung baru sampai. 
  4. So kalau rasa nak keluar beli barang tu kena fikir dua tiga kali jugak lah untuk pemalas nak drive macam saya ni 
  5. Malas nak menghdapi karenah driver sebenarnya lelagi yg tak reti bg signal , mcm kkkkkkkkkk je
  6. Pastu bukannya highway , jalan kampung . Ada lah jugak jalan highway (maju jugak kampung kite enn kekening) tp still, kena jugak lalu jalan kampung.

Back to the topic, again.


Berdasarkan pengalaman sy, i really love living in bandar. Yelah, i've spent almost 22 years as a KL's baby kot. Apa yg paling ketara ialah senang nak cari barang. Banyak pilihan barang. Senang nak pergi dapatkan servis pape. Cari barang & uruskan urusan bisnes online pun mcm senang sikit. Senang nak pergi memana, public transport banyak. Drive pun traffic okay , takdelah nervous sangat sebab most jalan ada double lane at least. Banyak tempat & aktiviti boleh buat. Banyak carnival. Banyak kengkawan sebab sekolah dekat Gombak en. 


Unt sekarang, sebab rumah kat Terengganu belum siap lagi. Me and adik-adik and my mom's maid (Tapi dah rasa dia mcm kakak sendiri sebab dah 13 tahun berkhidmat dengan family) living in one room, so mcm takde privacy dan sebab saya ni mcm kena ada space only for my stuffs (Hash tag young female adult). Faham2 lah perangai manusia berbilang umur ni lain. Yg kecil nak makan kat situ lah main dekat situ lah. Yang besar nak space for relaxing and leisure, Yang bekerja nak lipat baju etc. So it's quiet fun, tp the level of fun ikut mood. Hahaha. My parent's house in bandar semua ada space sendiri , so quiet privacy etc etc lah kan. Tapi insyaAllah bila rumah dah siap this small problems akan ditangani. Waktu tu lah nak rindu tidur dengan adik-adik pulak (?)


So, the conclusion is i really really love living in bandar. Can't wait to go back to Gombak.


Tapi tapi tapi, no speculation pls. I also really really love living in Kampung. I mean, almost every day ada buah-buahan tempatan dekat meja depan. FREE OF CHARGE. My movie's popcorn is buah duku while the 'soft drinks' is air kelapa fresh. I'm easily amused with some kampung's accent & kata ganti perkataan. The fresh air pagi petang siang malam walaupun kdg2 duduk dalam rumah panas , yelah rumah kampung separa papan kan. Malam-malam , bulan so clear and masyaAllah look so beautiful . Yelah, kalau dekat bandar I am so busy (Walaupun busy mende pun entahlah hahaha) so mcm jarang carik bulan hihihi. Bintang-bintang pun sooooo banyak. Rasa nak baring atas tanah sambil menghadap bintang. OVER SANGAT KAN.


Petang2, the mak & pak sedara & sepupu berkumpul reramai. Yang dewasa sembang2, yg muda main kejar kejar ke basikal ke trumpet buat manual guna daun kelapa ke. I mean, I love the ukhuwah yg bukan berjumpa sekali sekala waktu raya je. Keep update. Kenduri kendara, almost setiap orang dewasa dalam family ada part dia masing-masing. Yang ni beli barang, yg ni masak, yg ni basuh pinggan etc etc. Pagi-pagi waktu hari cuti, dengar budak-budak kampung datang mengaji (my grandpa is an ustaz). Petang-petang pulak sepupu si kecik si kecik tu kumpul reramai. 


Walaupun kengkadang rasa need a private space, tak sabar tunggu rumah baru siap, tp live in a space with my adik adik is a big advantage too. Saya seorang yg dah berumur 22, dan melanjutkan pelajaran ke luar negara yg insyaAllah memakan masa 6 tahun (2 tahun je lagi amin insyaAllah), so jarang-jarang jumpa adik-adik yg makin lama meningkat umur. So peluang mcm ni lah dapat digunakan untuk lagi rapat dengan adik-adik. Show 'em who's the boss , Eh



Eh bukannya dekat bandar tak boleh rapat dengan adik-adik, tp ni extra rapat. Dekat bandar i have toooo many so call things to do itulah inilah. So boleh sembang2 dngan adik2 from maghrib onward. Tu pun kalau dah tak keletihan. Dan kalau adik-adik tak banyak homework & takkena tidur awal gittewww,





Kesimpulannya be it Kampung and Bandar, dedua ada pros and cons. Dan kedua-keduanya i love. When you are with your home, everything will be beautiful i guess. A home okay, not just a house, In my humble opinion, a house is a house. But a home is a house yg kita selalu rasa nak balik situ, pergi lah merantau jauh mana pun. A house that fill with love and where our love want to direct to. Gitu. Bolehlah verangan Dr Cinta Mujahidah jap HAHAHA MOTIP.



Okaylah, my summer break 2014's vacation will come to end in few days more. Semoga terisi dengan perkara berfaedah insyaAllah.


Alhamdulillah untuk semuanya. Till next time insyaAllah, Assalamualaikum!