Assalamualaikum .
Aku memang dah lama nak post benda ni , tp exam en . Takbukak blog sangat , pastu bila dah habis exam , malas nak bukak blog . Muja dan alasan , memang takdapat dipisahkan .
Yelah , selama ni aku selalu baca seniors university tertentu cerita pasal uni dorang untuk kemudahan junior mereka supaya takblur sangat kan . Now , saya sebagai seorang senior yg kiyuutt miyuuuttttt pong nak cerita briefly jugak lah (ditambah dengan mereka memaksa menghapdet belog)
Oh btw, saya, Mujahidah Asri merupakan salah seorang pelajar perubatan dan surgeri, University Zagazig, Egypt . (Weh , apasal aku rasa macam tengah berlakon cerita Japan jadi transfer student pastu perkenalkan diri kat depan ni? HAHA)
What should i tell you ha? what? what? Haaaa , tahu !
1. Dulu, waktu sebelum saya au aku datang sini, dorang kata Zagazig ni kampung. So, dalam kepala aku terbayang kampung yg macam kat padang pasir, pastu rumah petak2 satu tingkat yg selalu dilukis dalam buku cerita sirah waktu kite kecik2 tu. Tapi takdelah, Zagzig ni takde ah sekampung mcm tu. Die mcm bandar gak ah. Err bandar pekan gituw leww kot . Ada je Adidas , Diesel semua tu . Sila baca number 2 .
2. Tapi, korang jangan ah bayang macam KL pulak . And siapa yg biasa dekat Malaysia die City Life sangat, kat sini takpayah nak membebel banyak ah. Bosan kee, Takde pape kee, korang datang sini nak belajar ke nak hooo haaaa? *tengah tarbiyah diri sendiri sebenarnya ni .
3. Duit korang akan rasa sangat lah senang untuk keluar dan membeli , dan bila dah akhir2 bulan, mula lah berkira, coklat seposen pong nak berkira. Oh and dorang punya duit kita panggil GENIH tau . Kalau korang nak bunyi ala ala mat saleh, korang panggil ler pound. Eh, takpayah lah. Gedik je. Melainkan pekedai tu yg cakap Pound, korang pong layan je laaa .
4. Kepada sesiapa yg Hyper Hygiene, korang kena berlatih untuk takjadi minah annoying kat sini dengan takkeluar ayatayat ''Eyyuww banyaknya sampah'' ''Eyyeekkk kotornyaaa'' ''Eyyuuww terpijak najis keldai'' eh, yang ni salah korang kot jalan tengok depan yee. Bear with it, korang nak duduk sini 5-6 tahun kot? Tapi korang jangan risau. Mostly dalam kedai, bersih je. Selalu je baba mama tu sape kedai dorang.
5. Rumah, drp luar nampaklahhh apakah? Tapi dalam lawa je sebenarnyaa. Bagi aku, rumah adalah satu2nya tempat yg boleh buat kite teringat Msia the most :) I LOVE MALAYSIA *titibe emosi lap hingus . Waktu winter agak sejuk lah jugak . Err sebenarnya depends on orang and weather . Kadang2 ada orang tu ''Weiii sejuklaaa'' kadang2 ada orang tu ''Lemak aku banyak ke hape ni, taksejuk pong?'' ---> Ini bukan aku ye , Hikhik . Baca number 6 .
6. Tapi waktu Summer, korang kenalah bersedia mental, fizikal, penyapu, kain buruk, spray segala bagai. Akak cakap dekat adik adik, Lipas, Nyamuk, Semut, Lalat sangat lah tengah berpesta. Aku ni daripada ''HAAA LIPASSSS!!'' lompatlompat, nangisnangis, jadi ''OH, lipas'' pandang sebelah mata lalu Wachaaa!
7. Pakaian. korang boleh je pakai pape gi kuliah . Seluar pong boleh . Selendang pong boleh . Tapi , semoga sopansopan lah ye, sebab kite bawak imej Msia dekat mata dorang. Memang lah, kalau korang tengok, Fesyen doranggg Perghhh . Kite nak dress up mcm dorang memang macam err takpe, korang nak , sila lah . Tapi, at least kite jaga kekemasan, jangan selekeh semua . Yee .
8. Oh mata wang . Dulu waktu aku 1st datang sini, dalam bank memang kena ada dah lah kan. Kitorang guna HSBC kat sini. Selalu keluar duit dekat National Bank of Egypt or Bank Misr sebab Zagzig takde HSBC. Dekat Cairo ada lah . Pasal duit cash, korang convert RM jadi Dollar or Euro dulu, pastu nanti kat sini tukar lag Egyptian Pound :)
9. University. Korang jangan lah bayang university yg mcm dekat Msia dengan landskap and facilities serba cantik and lengkap. Oh and , sistem kat sini sangat2 lain drp Msia. As for our University, kitorang takde takwim lengkap tau. Sesetengah Uni kat Egypt ni ada , tapi RARE lah . Macam baru2 ni result, due tiga hari before baru tahu result nak keluar , and ada pro and cont lah sistem cmni . Aku dah cakap pasal facilities kan? Ingat, jangan imagine yg first class punya yaa . Tapi , ilmu doktor2 kat sini, memang tiptop weh. Masuk kelas bawak marker je, tapi terang sebijik2 dalam buku. Baca no 10 .
10. Tapi at first, langguage barrier memang lah ada. Diorang punya accent dengan ours totally different. And, ni pengajaran untuk aku dan semua yg sedang dan bakal student sini, kalau takfaham, habis kelas terus tanya. Sebab ilmu yg kite belajar ni bukan lah sama dengan waktu kite sekolah dulu . Kalau tertinggal satu, boleh memang boleh, tapi kena usaha yg sangat lebih ah untuk catch up. Kena study awal, bukan study setakat buat nota. Tapi kalau boleh, faham and hafal terus, supaya waktu exam nanti, takde ah kabut nak baca 5 jilid buku dalam masa seminggu or less .
11. Arab. Cara dorang memang kasar. Untuk orang yg hati lembut macam diriku, fragile bak thin ice, rapuh bak kulit telur, Haha cukup sandiwaramu wahai saudari primadona, memang mula2 macam nak nagis gak ah. Apasal cakap macam ni? Tapi sebenarnya dorang takmarah pong. Nada and cara dorang je. Pastu sesetengah Egyptian ni kan, aku taktahulah dorang tengok iklan pasal Msia kat mana, dorang suka bila lalu ''Hungga hungga'' takpong ''Ni hao Ni Hao'' takpong suka ejek and ajuk kte cakap. Dorang taktahu kite tengah kutuk dorang depan2 tu. Haha . Tapi takpe, Sabar and Sabar. Itu lah benda yg paling banyak kena praktik dekat sini, S A B A R. Tapi, ada je Egyptian yg baikbaik. And mostly mereka ni yg macam educated2 lah. Alhamdulillah :) Baca number 12.
12. Tapi, jangan korang sangka pakcik makcik yg nampak mcm lusuh bajunya, takterurus makan minumnya tu tak berilmu, tak educated wehh. Dah banyak kali aku jumpa pakcik makcik yg setiap satu anak tangga tu sebut ''Allah, Allah'' takpong, Zikir. Ada tu, dalam kedai sambil baca alQuran dengan cara menghafal . Ada tu, dalam tramco, die mintak pakcik tu tukar ke siaran bacaan alQuran drp lagu yg dung dam dung dam sakit telinga and dada dengar. Ingat, 1st judging impression is NOT ALWAYS RIGHT (grammar aku ke laut HAHA). Yang tu mengajar kite jangan Suuzzon, Takbur, Ujub.
13. Waktu urusan jual beli, ceceehh skemaaa, korang kena pandai tawar2 harga and fikir logic. Berbaloi ke aku beli benda tu dengan harga ni? Kadang2 arab ni suka tipu. TAPI TAKSEMUA OKAYY . So, nanti korang kira balik baki lepas membeli.
14. Letih dah oh. Hahaha. Ha, cakap pasal taxi kat Zagazig, kat sini PALING2 mahal pong korang bagi LE 4 je, itupong JARANG kalau korang memang malas nak tunggu lelama dah. biasanya LE 2/3 camtu jee. Kalau kat bandar2 lain, lain lah pulak harganya. Tramco pulak , kalau kat Zagzig, sorang 50 sen. Oh btw, LE tu Genih lah ye . mcm RM ler jugak .
15. And lastly, pasal langguage. Takpe, kalau korang takmahir arab ammi sangat pong takpe . Kat sini nanti korang belajar lah ye melalui muamalat. Tapi syaratnya, korang kena rajin bercakap dengan arab pakcik2 jual beli tu lah . insyaAllah, nanti lelama yg asas ni kacang jee :P
Aaaa, korang nak tahu pasal barang apa kena bawak ke? Kalau sape nak or nak tanya pape, korang boleh klik nama saya yg kat ataaaas tu, tu Fesbuk saya. And nanti boleh lah tanya pape ye . insyaAllah, selagi boleh jawab saya jawab. Pasal syllibus kee, exam keee. Tapi pasal persatuanpersatuan, jangan tanya lah ye. Nanti korang takdapat jawapan yg best sebab aku bukan radikal sangat in persatuan. Mana aktiviti yg aku rasa elok and berilmu and suitable dengan timetable yg dah diatur, aku follow lah. Kalau discussion or perbahasan yg dorang selalu post, yg mana ikut ILMU and LOGIC AKAL bukan EMOSI semata yg aku rasa betul, aku sokong. Kalau tak, jangan lah harap aku nak melayan. Kesimpulannya, saya NATURAL. Not so radical, not so oppose.
Kalau nak tahu pape lagi, boleh lah melawat blog brother ni, die sama kuliah dengan saya err tapi lain kelas lah --> abrar .
Or nanti kalau ade sape2 yg baca post ni , and die further studies kat sini, jangan lah luper menegur2 ye, dont worry . Kan saya dah kata saya ni kakak yg kiyuuuttt miyuuuuttt :P
Tatata , assalamualaikum.
Ps. KAN DAH PANJANG! Oh and, sorry skejap aku, sekejap saya , HEHEHE :3 tata .