31.7.11

salam Ramadhan :)



Selamat Ramadhan al-Mubarak!

Jom kita sama-sama jadi lebih baik, improve diri, attitude, hati, semua lah! Sama-sama kita bantu masingmasing yeee! Yang lepas tu jadikan teladan, semua manusia biasa buat salah kann. Saling maaf, memaafi. And try jadi lebih baik daripada yg kurang baik, lebih lebih lebih baik daripada yg baik, insyaAllah!


Ps. Alhamdulillah , baru je selesai menunaikan Tarawikh kali pertama di bumi Mesir. Tapi rasa macam kat Malaysia sebab sebelah menyebelah orang Melayu , Hikhik. I miss my family, I miss my home, I miss my beloved :)



27.7.11

yelah yelah aku updateeee ,

Assalamualaikum .


Aku memang dah lama nak post benda ni , tp exam en . Takbukak blog sangat , pastu bila dah habis exam , malas nak bukak blog . Muja dan alasan , memang takdapat dipisahkan .


Yelah , selama ni aku selalu baca seniors university tertentu cerita pasal uni dorang untuk kemudahan junior mereka supaya takblur sangat kan . Now , saya sebagai seorang senior yg kiyuutt miyuuuttttt pong nak cerita briefly jugak lah (ditambah dengan mereka memaksa menghapdet belog)


Oh btw, saya, Mujahidah Asri merupakan salah seorang pelajar perubatan dan surgeri, University Zagazig, Egypt . (Weh , apasal aku rasa macam tengah berlakon cerita Japan jadi transfer student pastu perkenalkan diri kat depan ni? HAHA)


What should i tell you ha? what? what? Haaaa , tahu !


1. Dulu, waktu sebelum saya au aku datang sini, dorang kata Zagazig ni kampung. So, dalam kepala aku terbayang kampung yg macam kat padang pasir, pastu rumah petak2 satu tingkat yg selalu dilukis dalam buku cerita sirah waktu kite kecik2 tu. Tapi takdelah, Zagzig ni takde ah sekampung mcm tu. Die mcm bandar gak ah. Err bandar pekan gituw leww kot . Ada je Adidas , Diesel semua tu . Sila baca number 2 .


2. Tapi, korang jangan ah bayang macam KL pulak . And siapa yg biasa dekat Malaysia die City Life sangat, kat sini takpayah nak membebel banyak ah. Bosan kee, Takde pape kee, korang datang sini nak belajar ke nak hooo haaaa? *tengah tarbiyah diri sendiri sebenarnya ni .


3. Duit korang akan rasa sangat lah senang untuk keluar dan membeli , dan bila dah akhir2 bulan, mula lah berkira, coklat seposen pong nak berkira. Oh and dorang punya duit kita panggil GENIH tau . Kalau korang nak bunyi ala ala mat saleh, korang panggil ler pound. Eh, takpayah lah. Gedik je. Melainkan pekedai tu yg cakap Pound, korang pong layan je laaa .


4. Kepada sesiapa yg Hyper Hygiene, korang kena berlatih untuk takjadi minah annoying kat sini dengan takkeluar ayatayat ''Eyyuww banyaknya sampah'' ''Eyyeekkk kotornyaaa'' ''Eyyuuww terpijak najis keldai'' eh, yang ni salah korang kot jalan tengok depan yee. Bear with it, korang nak duduk sini 5-6 tahun kot? Tapi korang jangan risau. Mostly dalam kedai, bersih je. Selalu je baba mama tu sape kedai dorang.


5. Rumah, drp luar nampaklahhh apakah? Tapi dalam lawa je sebenarnyaa. Bagi aku, rumah adalah satu2nya tempat yg boleh buat kite teringat Msia the most :) I LOVE MALAYSIA *titibe emosi lap hingus . Waktu winter agak sejuk lah jugak . Err sebenarnya depends on orang and weather . Kadang2 ada orang tu ''Weiii sejuklaaa'' kadang2 ada orang tu ''Lemak aku banyak ke hape ni, taksejuk pong?'' ---> Ini bukan aku ye , Hikhik . Baca number 6 .


6. Tapi waktu Summer, korang kenalah bersedia mental, fizikal, penyapu, kain buruk, spray segala bagai. Akak cakap dekat adik adik, Lipas, Nyamuk, Semut, Lalat sangat lah tengah berpesta. Aku ni daripada ''HAAA LIPASSSS!!'' lompatlompat, nangisnangis, jadi ''OH, lipas'' pandang sebelah mata lalu Wachaaa!


7. Pakaian. korang boleh je pakai pape gi kuliah . Seluar pong boleh . Selendang pong boleh . Tapi , semoga sopansopan lah ye, sebab kite bawak imej Msia dekat mata dorang. Memang lah, kalau korang tengok, Fesyen doranggg Perghhh . Kite nak dress up mcm dorang memang macam err takpe, korang nak , sila lah . Tapi, at least kite jaga kekemasan, jangan selekeh semua . Yee .


8. Oh mata wang . Dulu waktu aku 1st datang sini, dalam bank memang kena ada dah lah kan. Kitorang guna HSBC kat sini. Selalu keluar duit dekat National Bank of Egypt or Bank Misr sebab Zagzig takde HSBC. Dekat Cairo ada lah . Pasal duit cash, korang convert RM jadi Dollar or Euro dulu, pastu nanti kat sini tukar lag Egyptian Pound :)


9. University. Korang jangan lah bayang university yg mcm dekat Msia dengan landskap and facilities serba cantik and lengkap. Oh and , sistem kat sini sangat2 lain drp Msia. As for our University, kitorang takde takwim lengkap tau. Sesetengah Uni kat Egypt ni ada , tapi RARE lah . Macam baru2 ni result, due tiga hari before baru tahu result nak keluar , and ada pro and cont lah sistem cmni . Aku dah cakap pasal facilities kan? Ingat, jangan imagine yg first class punya yaa . Tapi , ilmu doktor2 kat sini, memang tiptop weh. Masuk kelas bawak marker je, tapi terang sebijik2 dalam buku. Baca no 10 .


10. Tapi at first, langguage barrier memang lah ada. Diorang punya accent dengan ours totally different. And, ni pengajaran untuk aku dan semua yg sedang dan bakal student sini, kalau takfaham, habis kelas terus tanya. Sebab ilmu yg kite belajar ni bukan lah sama dengan waktu kite sekolah dulu . Kalau tertinggal satu, boleh memang boleh, tapi kena usaha yg sangat lebih ah untuk catch up. Kena study awal, bukan study setakat buat nota. Tapi kalau boleh, faham and hafal terus, supaya waktu exam nanti, takde ah kabut nak baca 5 jilid buku dalam masa seminggu or less .


11. Arab. Cara dorang memang kasar. Untuk orang yg hati lembut macam diriku, fragile bak thin ice, rapuh bak kulit telur, Haha cukup sandiwaramu wahai saudari primadona, memang mula2 macam nak nagis gak ah. Apasal cakap macam ni? Tapi sebenarnya dorang takmarah pong. Nada and cara dorang je. Pastu sesetengah Egyptian ni kan, aku taktahulah dorang tengok iklan pasal Msia kat mana, dorang suka bila lalu ''Hungga hungga'' takpong ''Ni hao Ni Hao'' takpong suka ejek and ajuk kte cakap. Dorang taktahu kite tengah kutuk dorang depan2 tu. Haha . Tapi takpe, Sabar and Sabar. Itu lah benda yg paling banyak kena praktik dekat sini, S A B A R. Tapi, ada je Egyptian yg baikbaik. And mostly mereka ni yg macam educated2 lah. Alhamdulillah :) Baca number 12.


12. Tapi, jangan korang sangka pakcik makcik yg nampak mcm lusuh bajunya, takterurus makan minumnya tu tak berilmu, tak educated wehh. Dah banyak kali aku jumpa pakcik makcik yg setiap satu anak tangga tu sebut ''Allah, Allah'' takpong, Zikir. Ada tu, dalam kedai sambil baca alQuran dengan cara menghafal . Ada tu, dalam tramco, die mintak pakcik tu tukar ke siaran bacaan alQuran drp lagu yg dung dam dung dam sakit telinga and dada dengar. Ingat, 1st judging impression is NOT ALWAYS RIGHT (grammar aku ke laut HAHA). Yang tu mengajar kite jangan Suuzzon, Takbur, Ujub.


13. Waktu urusan jual beli, ceceehh skemaaa, korang kena pandai tawar2 harga and fikir logic. Berbaloi ke aku beli benda tu dengan harga ni? Kadang2 arab ni suka tipu. TAPI TAKSEMUA OKAYY . So, nanti korang kira balik baki lepas membeli.


14. Letih dah oh. Hahaha. Ha, cakap pasal taxi kat Zagazig, kat sini PALING2 mahal pong korang bagi LE 4 je, itupong JARANG kalau korang memang malas nak tunggu lelama dah. biasanya LE 2/3 camtu jee. Kalau kat bandar2 lain, lain lah pulak harganya. Tramco pulak , kalau kat Zagzig, sorang 50 sen. Oh btw, LE tu Genih lah ye . mcm RM ler jugak .


15. And lastly, pasal langguage. Takpe, kalau korang takmahir arab ammi sangat pong takpe . Kat sini nanti korang belajar lah ye melalui muamalat. Tapi syaratnya, korang kena rajin bercakap dengan arab pakcik2 jual beli tu lah . insyaAllah, nanti lelama yg asas ni kacang jee :P


Aaaa, korang nak tahu pasal barang apa kena bawak ke? Kalau sape nak or nak tanya pape, korang boleh klik nama saya yg kat ataaaas tu, tu Fesbuk saya. And nanti boleh lah tanya pape ye . insyaAllah, selagi boleh jawab saya jawab. Pasal syllibus kee, exam keee. Tapi pasal persatuanpersatuan, jangan tanya lah ye. Nanti korang takdapat jawapan yg best sebab aku bukan radikal sangat in persatuan. Mana aktiviti yg aku rasa elok and berilmu and suitable dengan timetable yg dah diatur, aku follow lah. Kalau discussion or perbahasan yg dorang selalu post, yg mana ikut ILMU and LOGIC AKAL bukan EMOSI semata yg aku rasa betul, aku sokong. Kalau tak, jangan lah harap aku nak melayan. Kesimpulannya, saya NATURAL. Not so radical, not so oppose.


Kalau nak tahu pape lagi, boleh lah melawat blog brother ni, die sama kuliah dengan saya err tapi lain kelas lah --> abrar .


Or nanti kalau ade sape2 yg baca post ni , and die further studies kat sini, jangan lah luper menegur2 ye, dont worry . Kan saya dah kata saya ni kakak yg kiyuuuttt miyuuuuttt :P


Tatata , assalamualaikum.


Ps. KAN DAH PANJANG! Oh and, sorry skejap aku, sekejap saya , HEHEHE :3 tata .


12.7.11

Barbie Mermaidia :P

Bismillahirrahmanirrahim.


Aku tahu tittle macam poyo . Tapi orang kata poyo itu cantik . So , kalau aku poyo , maknanyaaaaa , HEHEHEHEHE sila guna simultaneous equation untuk dapat jawapan . Eh yeke?


Aku dah penat nak membebel sebab aku rasa suara aku mcm dah serak , ala ala rock gittuww *perasan itu pasti


So, let's the pictures talk. We went to Alexandria and stay opposite to Miami Beach for almost 4days and 3nights. Beautiful and nice place to release the tense that we bear almost 2 months , or maybe almost 1 year (who knows?) AllahuAkbar :)



We rent a 100 egyptian pounds, 15 minutes speed boat, and surprisingly, we get the largest speed boat there, and we rode it, just THREE persons . The whole boat, me, Mar and Rai only ! And we even get the chance to be the Captain of the boat :D and the real captain (Captain Mohammad) seriously sangatsangattt sporting! Nak tercabut anak tekak ni menjerit xD



Sunset. I even lari 150m sebab nak tengok sunset , and i guess me lost 1 kilo lah kot? HAHAHA berangan :P



Oh, ni gambar zoom . Guess which one is our boat? Who get the right answer will be awarded err a cute smile :P


Post kali ni memang special untuk views je :) The best thing about sea for me lah (besides the beautiful aquatic creatures) is the wave . I really reallyy reallyy do love the wave . Boleh larut kot tengok ombak :D Because for me, wave ni something beautiful , yang buatkan orang lain nak tengok die , but dangerous . Macam mawar berduri . Beautiful yet dangerous . That's make it special :)


Allahuakbar!


ps. Thanks Sarah sebab jd tourist guide free of charge even awak sendiri busy nak exam! Oh and thanks for follow my blog. Actually kite pong follow blog Sarah . Hehehe .


For more pictures, click here :) Assalamualaikum :) Have a great day !


4.7.11

In Malaysia , today already 5th July 2011 :B

And yesterday (in Malaysia) or today (in Egypt) i already done my last paperrrrrrrrrrrrr *baca dengan vibrator ye .


Bismillahirrahmanirrahim :)



Well, aku bukanlah seorang yg bersemangat sangat nak meluahkan apa yang aku rasa pasal macam mana performance aku dalam subject ni, or subject tu dekat satu dunia *Omo, mu bajet satu dunia lah baca blog mu ? Cukup lah aku meluahkan apa yg aku rasa dekat sorang tu :P Eh tak tak , dua orang . Eh, tiga orang kot ?


But seriously , ni first time aku rasa exam yg sangat Wow , long long long journey . Eventhough English and 4 core subjects je (include oral, practical and written exam) tapi you know almost 2 months okay we are the knights in this black and white chess set (Woawawawa hiper-kurrah sekali sekala best oh HAHA)


Weh, mana taknya. Makan pakai tidur mandi muvi-eh aku tak terjaga tahu . Habislah inner beauty aku (walaupun sebenarnya takde kena mengena) Sleeping baby beauty aku pong mcm terlari 1500m. Kadangkadang tu tidur 2 jam je, kadangkadang tu tidur sampai 11 jam (in your dweamm leww) Tapi i know usaha yg penting . Sambil usaha , Do'a . Lepas tu waktu sebelum, waktu and selepas exam perform habishabisan and Do'a . Lepas habis exam tawakkal and Do'a . See, Do'a memang senjata mukmin . Time susah ke , time senang ke .


Oh mai . You guys (ceh you guys tuu, LOL) suka ke kalau aku membebel fanjang fanjang macam ni oh ? Macam orang takde life membebel takde point dalam blog , Pink pulak tu . Bytheway you know pink is the new black? Universal and loveable hokkay (HAHA memandai je kau mujaaahhhh).


Oh bytheway kali ke berapa entah, takpayah kira. Takde blog contest ''berapa Bythewayy yg awak dapat kirewww'' pong. Macam biasa lah orang yg dah habis exam takde life konon busy punya konon schedule konon nak buat konon-konon lah untuk diisi dalam masa sebulan dekat Egypt ni , iaitu :

1. Movie marathon (Mana lah tahu dapat medal macam zaman sekolah duludulu ke. Eh tak berlagak. Saje nak buat lawak, tapi macam takkelakar lah kan?)
2 . Join jaulah yg bagi manfaat .
3 . Jimat sehabis boleh .
4 . Beli hadiah untuk kesayangan di rumah . (ni macam antagonist yg number 3)
5 . Taknak bazirkan masa dengan tidur jeee .
6 . Tengok blog masakan. (Tengok je?)


Ah mcm lifeless je list activity yg aku nak buat ni -_- (ha dah terkeluar emoticons mata flat) . Apa lagi nak buatttt . Ottukeeee?? *Omo, dah terkeluar dah, ni penangan family outing lah nii . Oh bytheway i like Lee Hyo Ri, Jong kook ngan Jae Suk Hihihi :3 *sebenarnya macam takde kena mengena lah pulak ?


ps. Post berbentuk karangan macam akan lagi banyak je lepas ni , BACA SAMPAI HABIS ! *Pegang sudip, Muahahahaha


-From Zagazig with love, Assalamualaikum :)-