30.11.10

dear my love ,

i miss you so so so so so so so damn much. do you know that, dear? tengok buktinye air mate rinduku ini-----> :'( tengok tengok!


it'd been 3 months since i last having this kind of relationship dengan you. and now we really-really dozens and thousands and hundreds miles awayyy. i try to find another lovey, but i fail! i still really-deeply-so much missing you. wua wua wua. dekat sini aku try carik pengganti kau, i am always trying. supaya aku tak rindu kau sangat. tapi dekat sini TAKDE SATU PUN YG SERUPA DENGAN KAU :(


aku selalu rindu kau, dan kawan-kawan kau, wahai.....
. kuey tiaw tomyam.
. char kuey tiaw.
. kuey tiaw kungfu.
. kuey tiaw sup.
. kuey tiaw goreng basah.
. kuey tiaw hailam.
. key tiaw ladna.
. kuey tiaw pattaya.
. semua jenis kuey tiawwwwwww.


AKU NAK KUEY TIAWWWWWWWW. wuawuawuawuauwauwauaw x'O


ps. dah macam bukak kedai makan dah aku rasa ade menu bagai. deyyyy, teh tarik kaw kaw satuuuuu! -,-


29.11.10

ice age punye dialog (kot)

i believe i can flyyyyyyyy *paaappp langgar ape entah. salahkan dina sebab pasang cerita tu hari-hari!



siang tadi pergi mahatah, nak gi bayar bil etisalat (dan terminate it). pastu on the jalan way, lalu sebelah EGYPT AIR. saat-saat lepas exam ni rasa macam nak serbu masuk, bayar tiket balik malaysia dengan daun. aci kan? huahuahuaaaaaa nape exam macam tak boleh jawab. whyy ohh whyyy? (bayangkan saya dalam rancangan hollywood hitam putih) next exam buat betul-betul! GO MUJA GO GO GO ALE ALE ALEEE!


btw, abang (eyuw? HAHAHA) yg jage kaunter etisalat tadi comeeeel je bila tahu aku nak terminate broadband etisalat.

muja: blablabla oh and 1 more, i want to terminate my broadband.
kaunter: ohh okay you want to terminn.. ha what? you want to terminate?
muja: (small laugh) yeahh , why?
kaunter: are you sure you want to terminate it? you can change it to prepaid plan and blablabla (i cant recall what he exactly said)
muja: yes. isokey, i just doesnt want to use internet anymore. hehe.
kaunter: ohh okay. fine then (smile) can you give me your passport?
muja: WHAT? PASSPORT? hehe. next week lah if that so. i didnt bring it.


sebenarnye aku nak terminate bukan sebab tanak gune tenet, tapi sebab dah ade wireless. HAUHAU. tu lah, menipu lagi. kan dah takleh terminate sekarang. dan kan dah kena buat 2 kheje. mahatah mahatahh, see you next week =,=


27.11.10

we are allllll grown up

dont control what actually we can choose. give us the options and we will choose it by ourselves. in fact, you are nobody to force us do what we didnt want to do.


sekian sahaja pengenalan tittle. terus kepada topik. seriouslyyy, what a tiriiiiing days i had this 2 weeks =,- buku pun macam jarang-jarang sentuh, sangat mencuakkan diriku. ni pun baaaaaaaaaaaaaaaaaru je rileks okay. tak sampai sejam pun aku baru dapat lepak ni.


so, we start with fatayat games. held on friday. starting from 6.30 am (yo lah tu) untill 1 pm i guess. it was great and exciting program, where we can meet other medical students in zagazig from 1st, 2nd, 3rd and 5th year. lepastu siap ade kaler-kaler, tema-tema, cheers and maskot bagai. dan maskot-maskot tersebut SANGAT KIUT okeh.


this is part of my group, the ENDOPLASMIC RETICULUMIANS :P


so this is what we call wanita melayu terakhir . HUAH HUAH HUAH. oh btw aku masuk ninja games, and guess what WE ARE THE WINNERSSSS! yabedabedoooooo

diorang ni nak meniru kitorang jadi wanita melayu terakhir lah tu. HAHA


when we enter this stadium, it seems like we are in another world. i mean, it's totally different with egypt's that we face everyday 0,0


next, the choral speaking. it was A BLESSED! i am soooo glad knowing this team as they are soooo fun and sporting and great and yeahh best gilo! 1st year and 3rd year bergabunggg! rasa macam family dah ohhh. hope that this ukhuwah will never end iAllah :)

gambar skema itu harus sekali sekala



the choral speakerssss~ even the practises which we had ever day, petang-malam makes me feel reaaaally exhausted, but yeahh, wif this kind of team, i wouldnt mind at all :)


that's all. oh.maiii. this monday ade test histo! wish me luck, daaaa assalamualaikum!

25.11.10

2 posts in less than 30 minutes.

what a great job! XD syabas bethe syabas


This is my family and i do love them. Now, i am toooo, much, many, plenty, amat, sangat, far away from them. err thousands miles mumkin? oh yes, i am the second from 9 (dont find me because i am positive not any in the picture). see the smiles on those faces, i envy. but in the same time, i'm happy :') though i am not celebrating eid adha together with them, but knowing they are all finee, it's enough. oh andd as long as they miss me, it is okay for me. HAHA nak jugak. banyak lagi yg nak diemosikan, tapiii maluu. i kan pemalu youuuu, keh keh x'D


to those i love in msia, take care. if you feel the titanic you cruise are starting to astray, sabar, redha, usaha lebih. always remember that anda sedang diuji and Allah takkan bagi ujian yg tak mampu dihadapi oleh hamba-Nya.


ps. peringatan untuk si Muja jugak benonye. hehe. sejak due tige menjak kebelakangan ni banyaaaaaak je permainan emosi yg buat si Muja ni rasa nak didihkan air panas atas kepala. haih haoh hauh. okay dah merepek. tata. assalamualaikum :)


aku wanita biasa

yg kadang2 ade perasaan sayang. HAHAHA emo emo. boo sama die booo XD

NURUL FATIN KASWAN.

sometime it doesnt need years for loving a person. and this is the prove. i first know her on may 2010, but now i feels like knowing her for thousand years (OKAY ITU HIPERBOLA YA RAKAN-RAKAN) . too much memories, too much laughters. no tears at all. thanks cfs iium sebab temukan aku dengan raaaaaaamai kawan-kawan dan 'kawan' yg sangat suuuuperb best :D oh juga sgpusu juga :)

fatin, i miss you :') semoga Allah memberkati hubungan kite iAllah :)


23.11.10

aku pernah rasa,

apa yg ramai orang sekarang rasa.


aku pun pernah lagho and sampai sekarang pun sangat selalu laghooo. dahlah aku ni rabun mata, hati pun aku ter-rabun sekali. tok pehe aku (tolonglahh bunyikan dalam sleng kelantan)

akuw slaluw lewtak gambaw takdew kenew mengenaw


oh, pertama sekali aku nak cakap syukran jazilan jiddan jiddan dekat semua yg mendoakan dan membaca post sebelum ni dari atassss sampai lah bawah. alhamdulillah, dah sihat :) dr suruh rehat sikit (kot). but after all, smile is the best medicine :) aku sakit di tubuh tapi senyum dapat heal kan sikit sebanyak sakit tu.


okay, seterusnyeeeeee haaaaa. tadi aku ditakdirkan membaca tafsir surah an-nur. ade beberapa part aku sebagai gadis remaja amaaaaat suka. aku rase sape yg gemar bace novel melayu jiwang mesti suke jugak (aku EX okay. sekarang aku dah kembali ke realitiiiiii). aku bace mafhumnye lah eh.


1. an-nur, juz 18, ayat 26.

''perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yg keji, dan laki-laki yg keji unt perempuan yg keji (pula) sedangkan perempuan-perempuan yg baik untuk laki-laki yg baik, dan laki-laki yg baik unt perempuan yg baik (pula). mereka itu bersih daripada apa yg dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia(syurga)''

ha satu lagi.

2. an-nur, juz 18, ayat 31.

''dan katakanlah kepada perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pemandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali yg (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ....''


:) dari dulu aku cari dua ayat ni. yg ke-2 ayat terakhir tu buat aku rasa terSHOCK. astaghfirullah... rasa aku macam dah jauh lari daripada apa yg sepatutnya aku buat sebagai hamba Allah yg akan mati satu hari nanti. ahh takut je rasanya bila cakap pasal mati, tapi mati tu satu yg pasti. semakin mana aku deny, akhirnya aku jugak yg nampak bodoh.


kan aku dah cakap, aku LAGHO. aku lagho dengan 'wowww, besnye dress up dengan begitu gaya terkini hiburan sensasi! rasa glemer youuu' ! err fesyen tu tak salah kot, tapi mengikut garis panduan. mind me if i wrong.


aku bukan nak bias dekat org yg buat sebaliknya, aku pernah buat apa yg korg buat. aku faham apa yg korg rasa. tapi aku nak share ilmu, ilmu and suruhan Allah. aku, kau, kite try improve sikit-sikit iAllah :) aku rasa tak senang hati tau tadi 50-50, nak share ke tak. nanti ade yg terase lah puleeekkkk. tapi sekali sekala post benda-benda ilmiah kan, dua-dua dapat saham :D lagipun kan, ni daripada al-Quran. panduan hidup kita kat dunia yg sekejap je ni. AKHIRAT YG ABADI (muja, keep in mind, always!) mati tak pernah kenal usia (aku selaaaaalu terpk waktu sakit semalam)


lastly, semoga kita semua sentiasa dapat redha hidup daripadaNYA, baik kat dunia, mahupun kat akhirat! jom kita selalu dekat, praktik, dengan al-Quran. memang, benda tak elok KITA AMAT GEMAR BUAT, and benda baik kita SELALU RASA SUSAH NAK BUAT, tapi yakin dengan janji Allah :) hehe, sekian. assalamualaikum.


21.11.10

aku menerai menulis karangan,

sorry byk salah.

misterriiiiiiiiiii xp


aku bukan sorang yang easily get sick.
seingat aku i never eat panadol sampai saat aku tengah type ni.


semalam.
aku jatuh tramco (van).
bukan jatuh dalam tramco.
but jatuh dari dalam ke atas jalan raya.
hampir tergolek.
tuhan je yg tahu betapa sakit dannn malu.
hampir nangis, but aku tough enn. kaver dengan gelak.
tapi sesungguhnya sakit sehingga payah gilo nak duduk dengan elok.
dah lah kuliah bench drp kayu .
okay dugaaaaannnn.
*ade orang suruh bawak bantal pergi kuliyah, tapi err..


kemudian, pada hari ini. ahh takboleh skema lagi (?)
aku rasa saaaangat mengantuk.
amaaaaat penat.
and ape yg lecturer cakap kat depan,
macam masuk mata kanan, keluar mata kiri =,=
setiap makanan yg aku kunyah,
and telan,
rase macam nak puke out jeee.
badan amat sangat tak selesa.


time BI,
aku dah memang TAK TAHAN
lalu aku baring atas peha orang.
setiap 10 minit bangun.
rupa-rupanya aku demam.
dugaan sekali lagiiii.


time aku menaip ni aku tengah demam la ni.
tu yg taip macam sipot, s-a-t-u-s-a-t-u
aku tak sentuh buku lagi.
padahal esok org kate ade exam(?)
kepala aku sangaaaaat berat now, pening.
okay dugaan lagi.


then aku memberuang atas katil.
lepas maghrib sampai masuk isyak.
aku rasa macam nak nangis je.
sakit, jauh drp family, orang tersayang.
but then aku macam tersedar oleh org yg menyedarkan aku.


pertama, aini si housemate.
dia cakap sabar mujaaa, sakit tu penghapus dosa.


kedua, kutipers :)
looking at the bright side.
mujako tahu, Allah kasi mujako sakit,
sebab Dia sayangg mujako,
Dia nak bersihkan mujako dari dosa.
untunglah mujako ;)


syukran korang.
doakan aku cepat sihat.
aku datang sini bawak amanah umi ngan abah,
family aku.
kalau aku kurang sihat,
macam mane aku nak jadi si mujahidah yg dorang harapkan?


esok kalau lebih teruk,
baru jumpa dr, iAllah.
okay. thanks kat sape2 yg bace dr atas sampaaai bawah.
sori kalau penat bce, hehe.
maklum lah org sakit ni beremosi sikhett.
assalamualaikum.


19.11.10

aku dah try kecikkan tulisan tp die besau jugak =,=

waktu zaman retro dulu .


*klik kalau ingin tapi tak dapat tonton.


tak sangka tulisan aku huduh gila dulu walaupun sekarang pun sama. HAU HAU =,=' .. dan tak sangka aku dah nearly 19. time pass so fast or i am the one who did not make full use of it?


spm candidates, good luck! now stop facebooking and go start the engine for the race or else you will blame facebook one day (though it is actually your mistakes) stop all those nonsense-craps-useless-bussinessless short text messages just for i think a month because all this thing will affect your result :l i am serious *tengok muka seriousss niii


ps. suddenly, all this pre-farewell situation err again, make me miss ibnusina&&7th batch and cfs iium like kuey tiaw (to show i am really dying for it err hiperbolaly :p). assalamualaikum.

16.11.10

bila tiba hari rayaaaaaa

rasa macam nak nyanyi atas rooftop pakai amplifier bagi satu zagazig ni dengar! hauhauhau =,=
(etensyen, post kali ni datang mood tulis panjang2. sila bace sebutir sebutir, HOHOHO)


welllll, it is my first raya WITHOUT my family. see the caps lock, ayat penegasan tu. selalu dengar orang cakap raya dekat sini lagi best ade blablabla, tapi entah, raya aku dekat msia lagi terbaek wokk. almaklum orang TERSAYANG berada di sekeliling. lihat, sekali lagi caps lock di situ ye :D yelah, bile kite berada bersama mereka yg tersyg, semua jadi indah gila kannnnn.


dan (seharusnya TAPI ye) sebenarnya, raya dekat sini not bad lah jugak. meriah gila! but hehe, still msia lagi best even tak semeriah ni :D ini adalah kata-kata budak separuh homesick. dahlah, stop membebel. jom layan pikcah.



menu amatur kami ialah jeng jeng jengggggggg nasi impit&&kuah kacang , mi sup , tuna roll dan juga cocktail ! mai ah makan, kami buat open door ni! :DDD



ini tempat kami tunaikan solat sunat hari raya, name die istad. ekceli, it is a stadium and memang ramai gila muslimin and muslimat solat raye, budak-budak pulak main kejau-kejau. eh tapi bapak budak pun ade kot =,=



aku taktawu a name game ni ape? err lompat dan jatuh mungkin? rase mcm nak join je. tapi kalau aku join, ter-risau belon tu POOOOOMMMM pecah. almaklum i kan ringan. hey jangan bangkang!



okay seterusnya segment harus iaitu gambar syok sendiri. eh aku bukan ape, orang malaysia macam rindu aku je sempena raya ni, nak tengok aku makin kurus ke kurus kann. hehehehehehehehehe *gelak sangat sopan.



ini ahlul bait. from left kak dijah(20), kak anish(19), aini(18) and me(12). dalam kurungan tu umur kami naaa :p *not in pic, at home prepare the dishes kak hana(19) and kak nabilah(19)


baby arab yg dok main belakang aku. comel gila kot budak ni! tapi bile tangkap gambar tanak senyum pulak, bagus, keep it up. bile besar nanti jangan jadi gikem macam kakak kakak tudung hitam ni eh. HAHAHA, eh yg tudung biru tu bukan minah arab tau. miss blonde pure youu. aww kalau tak perahsan tu bukan engkau lah ye muja =,=




but after all, raya kat msia still the stilleto! melantak tak hengat mak limah hoiiii (sambil poket berisi, tu yg paling penting. HAHA)


rakyat msia dan seluruh muslimin muslimat, EID SA'ID :D semoga pengorbanan kite ke arah kebaikan mendapat keberkatan&&keredhoaanNYA. amiin :) oh dan ps. sengih sampai 360 darjah tak maksud aku tak rindu, oh mereka yg rindu aku, aku pun rindu korang jugak lah :D assalamualaikum :)


14.11.10

i am trying .



eid sa'id. kullu sannah wa antum bikhoir :)


the day, 13th november 2010 .

happy birthday old-room-house-class-mate :)

i just can afford a kiss as your present :D haha, tapi mahal gila okay!



so the day ends well i thought. we are having a blast-camerafreaking all day long.


first we went to giza to watch those pyramids which are as we known are included in seven wonders of the ancient world.
next, the egyptian museum. mcm biaselah tengok barang2 purba dan sejarah sejarah yg lain. em guess what, kitorg gune tourist guide tau and kitorg dapat group same dengan laki! dorang dahlah galah-galah, terjengket jengket aku nak melihat dan mendengar. aku bukan pendek, tapi dorg yg terlebih tinggi, haaiiiihhh -,-


lagi lagi, kitorg pergi masjid imam syafie, our imam besar. again, sayuuu je rase. dan mari sedekahkan al-fatihah.
our trip ended wif shopping at abu ela (i forget how it spell, haha) but as for me and my aini and anis, we are not shopping at all, kalau tak memang kitorg akan makan baju masak asam pedas, seluar masak kari or winter coat masak gulai laa =,= almaklum, kitorang kan SIMPAN DUIT NAK BALIK MALAYSIA! wahahaha


okay, that's all my boring, sleepy-to-bed stories for yesterday :) wish me strong please for another 6 years. thank you. assalamualaikum.


11.11.10

entri emosi .

type sambil dengar lagu jiwang.


ZAINAB 129c @ jenab. ha ha.
aku suke tengok board pink aku.
dekat situ ade gambar family aku, jadual kaler-kali aku.
dekat situ jugak ade dovy orang bagi kat aku masa bosan dalam amf :')
aku suka room mate aku.
aku suka katil aku, atas, belah kanan.
aku suka baldi pink aku.
aku suke jiran 119c aku, eh ke 111 entah? hahaha.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - <3

LIBRARY .
aku suka lepak library.
ade e-kon.
ade sofa gemuk.
ade TV.
dulu aku selalu lepak situ dengan classmates aku.
fatin suke selinap masuk beg die, pemalas. haha
dorang bace buku, aku makan.
dulu aku pernah demam sekali, aku lepak library, sejuk, boleh tidur.
lepastu ada orang melawat and bawak aku turun beli ice cream :')
aku suka sangat pergi library situ.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - <3

LY .
aku SANGAT suka classmates aku.
laki sangat sporting.
dorang selalu ajak study group ramai-ramai dekat LY.
dorang tempah bilik, kitorang tukang sibuk.
lagi-lagi bila nak siapkan tutorial math sehari sebelum kena hantar :')


jangan kecoh, ni bukan aku yg tgkap okay
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - <3

UKC .
dulu-dulu aku selalu lepak kafe ukc.
ade wafel, aku suke perisa white choc+choc.
ade err abc.
ade char kuey tiaw die sedap.
ade jus buah.
dulu last day aku kat situ,
aku breakfast dekat ukc, makan mihun. tapi tak habis :')


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - <3

U CAFE .
aku suke lepak dengan fatin dengan iman dengan qielah dengan asma' .
tapi selalu dengan fatin lah.
SETIAP PETANG aku akan order kuey tiaw.
sama ade KT tomyam, takpun char, takpun pattaya atau papelah.
tapi dengar cerita U Cafe dah tukar tempat and takde e-kon :')


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - <3

aku rindu classmates, guard post, pasar malam, mid valley(?), smawp, padang, court, kiosk, ATM, AMF, klinik, orangnya, SEMUA. akhir kata, i love you cfs. and now i am going to love zagazig as much as i love you, but i will never forget you.



oh and thank you classmates, sampai sekarang aku teringat farewell party tu :') EID SA'ID :''D


10.11.10

setelah 4 hari

yeayeyy aku dah tenang , yeyeyy ! thanks kat sape sape yg doa :DD i lap youu all dengan kain buruk baru beli , hi hi :') *senyum sipu sipu, serious ni


hoi budak pendek, even awak macam ngade-ngade tapi saya rindu sikit lah pulak. eid adha, tangkap gamba banyak banyak tau, orang kat sini nak jeles . haha


thanks kepada sepotong ayat yg berbunyi ''jgn risau. yakin && doa. DIA sebaik perancang'' , ayat tu betul betul buat aku tersedar macam POOOOOFFFSSSS! and buat aku rasa okay dan err okay lah . syukran jazilan jiddan jiddan :')


eh kawan-kawan, ni untuk korang (copy paste sebenonye ni, hahu) :')

kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan,
untuk kita ingat sepanjang zaman,
ingatlah aku selagi kau mampu..

jika pula masa mendatang memisahkan ukhuwah yg telah terbina,
ukirlah secebis TENTANG AKU di mindamu,
agar nanti jika kita bersua,
kau masih mengenaliku...


weh terharu tak weh? terharu laaahh terharu lahhh ! HAHAHA oh dan soalan harus tanye, rindu aku tak? hahihu, okay nanti apdet later later . oh ah ihh sabtu jaulah lagi, kemudian cuti raye seminggu! YEAYYY LAGI! hahaha


6.11.10

hai .


i maybe will not updating this blog. tapi tengok lah.
i maybe also will rarely onlining fesbuk. tapi tengok lah.
i maybe akan hilang sekejap. tapi tengok lah.
.
.
.
.
.
sampai lah aku tenang. korang, doakan aku. lahiriah dan rohaniah. korang, take care.

korang, assalamualaikum.


4.11.10

macam ni lah perangai orang jakun , hak hak

bughuk beno gelak gitu. gelak yg sepatutnye ialah harus yg ayu seperti ---> hikhik (dan sila bayang muja gelak ayu gilo macam ni. KAHKAH eh silap, kih kih)


nak nayang lagi gambar protection untuk musim sejuk. he he he he .


kasut monyet.


saratoga pinky.


tu je. aku pun tak faham apasal lah semangaaaaat sangat membeli protection material ini. protection yg sepatutnye aku titikberatkan ialah PROTECTION BAGAIMANA UNTUK KURANGKAN KUANTITI PENGAMBILAN MAKANAN DALAM SEHARI. macam sekarang ni, winter pun belum, tapi dinner 2 kali selang 20 minit =,= bravo muja bravo!


ps. anat, i love you! tapi tolonglah jangan buat aku bertepuk sebelah tangan. tolooooonglaaahhh wuuuu~


3.11.10

calon bini solehah wuhuuuiiiii

amiiiiin! hehehehehehehehhehehehehe *tolong lah wehhh tolooong bayang aku gelak comel gilo macam ni. wohooooo XD


tak ingat tarikh bile, tak ingat pukul bape


takde pape pun nak cite. nak hilangkan ngantuk sebab esok ade test anatomy. doakan tolong doakan tolong doakan tolongggg doakaaannn. encik nescafe, please help me stay up!


ps. rase macam baru je minggu ni start, tengok-tengok ehhh dah nak weekend balik? kalau mcm ni tak terase lame lahh mase nak pulang ke desa tercintaaa. kembalilah ahaaiii kembali lah ahaiii *korang sila menyanyi lagu desa tercinta tanpa lenggokan sebab takut geli mendengar. hahahahaha (gelak pasai ape entah)