23.5.18

Post graduation : MMC , SPA , e-HO ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)


So.. ini sangat rare untuk saya post benda-benda yang serious macam ni kan, biasa lifestyle, life experience je kan. Tapi disebabkan kite rasa ada adik-adik juniors yang kurang jelas lagi bab ni, so kite cuba untuk list down what to do next and next and next after graduation untuk apply housemanship dekat Malaysia.


Dia punya steps mcm ni:

Transcript etc -> MMC (& mohon pengurangan bayar MARA kalau student pinjaman MARA) -> MMC number -> register online SPA -> Tunggu status lepasan SPA -> dapat email / berjaya daftar e-Houseman -> hari e-Houseman buka, log in laju-laju dan berebut tempat hospital secara online -> lengkapkan documents untuk kerja -> PTM -> Houseman bermula.


Susah nak faham kan ? Hahaha jom go through step by step.



1. Dapatkan transcription study secepat mungkin.

Apa yang berlaku dekat batch kitorang ialah, disebabkan ada masalah daripada pihak universiti untuk melepaskan transcript kitorang semua sehingga melibatkan pihak embassy, kitorang dapat transcript sangat lambat. Beberapa pulan lepas grad. Tapi Alhamdulillah semuanya dah settle, terima kasih kepada semua yg terlibat.

Point nya ialah makin lambat dapat transcript makin lambat daftar mmc dan sebagainya. Tapi setahu saya kalau university dekat Malaysia dia mcm lain sikit dia ada support letter ke ape tah, yang ni boleh rujuk dekat universiti masing-masing ya :)



2. Finally dah dapat transcript etc etc, ready untuk apply dekat MMC pulak!

Klik link ni untuk downlaod borang & tahu apa documents yang diperlukan : Klik sini

- Form tu kitorang hantar personally ke MMC (tak pasti boleh ke tak melalui university). Kalau staff tak bagitahu, waktu korang hantar dekat MMC tu tanya lah terus boleh datang ambil semula bila.
- Gambar berukuran passport muka korang yg terkini (yg boleh dicam lah dan bukan waktu sekolah haha). Background putih. 2 keping.
- Jangan tertukar sijil SPM dengan SPM slip pulak. Spm slip yg dapat waktu hari ambil result tau. MMC perlukan SIJIL SPM tau. Kalau sijil hilang boleh apply yg baru. Tak mahal sangat pun.
- Guna PEN HITAM dakwat kering.
- Date of Qualification ialah tarikh yang di approve oleh Faculty Council.
- Dekat MMC tolong berpakai smart casual / formal . Takboleh pakai selipar, seluar pendek etc. Dan tolong jaga adab dan imej university masing2, jangan buat bising melampau.


Macam mana nak ke MMC dekat KL tu? Dia dekat dengan Taman Burung KL tu.

1. Drive , just waze atau google map Malaysian Medical Council (Jalan Cenderasari)

2. LRT : station Pasar Seni (Kelana Jaya/Terminal Putra line). Boleh jalan kaki ke MMC direction boleh refer bolog ni .

3. Tapi kitorang haritu naik KTM, turun station Kuala Lumpur (KL Sentral-Batu Caves line) lepastu kitorang jalan kaki ke arah masjid negara, pastu terus je sampai jumpa terowong kereta/motor lalu, rentas terowong tu akan jumpa mmc. TAPI kite nasihatkan kalau sampai dekat KL ktm station tu, ambil je lah taxi ke grab ke pergi ke MMC. Tak jauh sangat pun by kenderaan.


Ps. Lepas dapat transcript etc etc tu untuk pelajar pinjaman MARA jangan lupa apply untuk pengurangan pembayaran ya. TAPI sementara tak dapat transcript lagi,korang still kena bayar bulan-bulan supaya takkena blacklisted.



3. Ambil nombor MMC sementara anda.

- So, lepas submit borang MMC yang lengkap, kite just kena tunggu selama durasi yg ditetapkan untuk datang semula dan ambil nombor MMC pula.

- Search Senarai Semak Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan (Lantikan Baru) untuk KKM , lepas dah download dan isi lengkap borang tu semula boleh ke hantar sendiri ke KKM, Mail atau e-mail tp kena dalam pdf. Suggestion saya ialah hantar by hand dan download serta isi sesiap borang ni sebelum pergi ambil nombor MMC supaya boleh hantar borang ni pada hari yg sama ambil nombor.


- Dekat bahagian RUJ KAMI surat mmc tu, ada tulis nombor pendaftaran kita (eg. TXXXXXX)



4. Dah dapat nombor sementara MMC? DAFTAR ONLINE SPA SECEPAT MUNGKIN!

EH tapi kalau takdapat nombor MMC lagi pun dah boleh register dan start isi maklumat SPA, nanti dah dapat nombor MMC boleh terus submit borang lengkap.

Tapi ada dua situasi kat sini pasal nombor MMC.

1. Kalau takdapat lagi, yes boleh daftar SPA online tapi jangan lupa username and password korang. Korang boleh isi dan submit tapi make sure lengkap dan tak repeat kemaskini banyak kali sebab yg submit 1st tanpa mmc number tu mcm 1st register. Bila dah fill up MMC number, dikira SPA lengkap. Takut korang kemaskini banyak kali pastu tak lengkap pastu takleh submit pulak ke ha kan dah jadi kerja lain tu...


2. Kalau dah ADA nombor MMC, kenapa secepat mungkin? Sebab boleh affect tarikh / ambilan bila untuk korang masuk housemanship nanti. Contoh ambilan 2 akan ambil calon yg daftar SPA sehingga 1/10/2018 sahaja, tapi kalau you all lengkap submit 3/10/2018, kemungkinan tak dapat session 2 tu dan kena tunggu ambilan seterusnya. So, once dah dapat nombor mmc tu, jangan tangguh tangguh, terus isi dengan lengkap SPA online tu.


Okay pasal SPA online. Website register spa online : SPA .

Steps dia ialah :

1. Buka website di atas.

2. Klik Daftar MyID baru.

3. Isi maklumat pemohon, maklumat akademik, maklumat kokurikulum dan maklumat tambahan. Korang isi lah apa yang patut diisi tu ye. Ada beberapa point je nak disentuh (lagi2 graduan Zagazig University sebab kite grad situ kan so yg ni kite tulis berdasarkan pengalaman hehe).


(a) Untuk bahagian pengajian tinggi, klik dan isi :

- Peringkat kelulusan : Sarjana Muda dalam Bidang Profesional.
- Institusi yang mengeluarkan sijil : Universiti korang. (Macam kite : Universiti Zagazig, Mesir)
- Institusi Francais Luar Negara : Depends (Kitorang : TIDAK ) *Updated
- Bidang : PERUBATAN
- Pengkhususan : PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN
- Biasiswa pengajian : Ikut masing2.

(b) Profesional / Iktisas / SKM / SVM

Berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia
- Tarikh keahlian : Ikut tarikh di Qualifier letter
- No. keahlian : Ikut nombor masing2

(c) Jawatan yang dipohon :

Cari dan klik 'Pegawai Perubatan Gred UD41'

Pastu lepas dah check semua maklumat tu tepat dan benar, klik lah pada pengakuan pemohon dan saya setuju dan hantar.


Lepastu sangat sangat sangat sangat digalakkan untuk call SPA check permohonan kite dah submit ke belum sbb nk make sure kite mmg isi lengkap dan takde nama yg tercicir dari lepasan tapisan dan tak terlepas pandang.



5. Setelah beberapa ketika submit SPA online tu, check status dekat SPA.

- Log in semula spa online yg korang isi sebelum ni, TAPI jangan tekan benda lain, tekan bahagian semakan permohonan je untuk tengok status permohonan kita. Taknak jadi kes tersubmit dua kali pulak later on. 

- Macam kitorang haritu setelah beberapa ketika, status betukar kepada lepasan tapisan 18/12 ha gitu contoh.



6. Beberapa bulan lepastu (kalau kite lebih kurang 7 bulan daripada first submit lengkap SPA online), check dekat website e-HO KLIK LINK next intake bila. Check email dapat offer notification tak, kite punya email dapat after pukul 5 pm, hari Jumaat. (Setengah orang tak dapat email, tapi dapat register e-HO).


Untuk yg dapat email (atau try nak tengok dapat ke tak kalau tak dapat email):

- Klik pendaftaran baru. Yang terpilih untuk intake tu biasanya boleh proceed untuk register, sila masukkan email korang betul2 sebab sepatutnya dia akan hantar details registration korang dekat email. Tapi andai kata korang nak register tapi tak boleh register, either korang bukan masuk intake ni (takpe insyaAllah boleh study lebih sikit, sikit je lagi menunggu insyaAllah), atau korang dapat email Isnin ke kan atau korang boleh confirm by call the SPA.

- Baca lah details email tu, dia kata bila e-HO akan buka. Macam kite dapat email hari Jumaat, hari Selasa, 12 pm adalah hari e-HO. Jangan risau, bila korang nak log in tapi tak boleh log in hari Jumaat sampai Selasa 11.59 am, sebab korang tak boleh log in sampai hari dan masa hari e-HO.



7. Okay sampai part yg nervous. Time kite menulis ni pun nervous lagi. Hari untuk pilih hospital pilihan korang !

- Buka semula sistem e-HO tu : link . Kalau macam kite, sistem kata buka pukul 12 pm, around 10 am kite dah start setup dua laptop sebelah menyebelah, by 11.30 am kite dah start try tapi ofc lah tak boleh lagi. Okay yg ni kite cerita pasni, tips tips yg maybe boleh digunakan (tapi tak semestinya berjaya 100% tau dia depends jugakkk).


1. Cari tempat yg internet laju, laptop tak hang, atau prepare dua tiga laptops terus just in case.

2. By 11.30 am kite dah ready depan laptop, bukak tab e-Ho tu banyak-banyak, isi terus username dan password. Boleh try occasionally log in, tapi waktu kite, pukul 12 pm tepat baru bukak.

3. Start 11.50 or 11.55 am camtu kite akan try log in setiap menganjak satu minit sampai lah 12 pm.

4. Kite nasihatkan untuk ada orang teman sebelah. Sebab kite ingatkan kite cool, tapi kite gabra jugak sampai scroll cepat sangat tak jumpa nama hospital dan tak perasan butang I agree, so orang sebelah tu berperanan untuk perasankan kite benda-benda yg kite tak perasan.

5. Mostly e-HO tu dia dah autofill, just ada beberapa benda je yg kite kena klik mcm adik beradik, status kahwin, warganegara, bil anak, pembiaya, pendidikan (2nd page) macam tu. Nanti korang study guideline eHO siap-siap ya sebelum hari pilih hospital. Ada pilihan untuk penangguhan, but since kite taknak tangguh, so kite tak study sangat bab penangguhan.

6. Berbalik kepada pilih hospital, dia dekat page ke-3 kot lepas education tu. Semua benda ni kena berlaku dengan SANGAT pantas. Contoh kite log on pukul 12 pm, by 12.01 pm kite dah siap submit dah. Itupun tak tentu lagi dapat hospital pilihan ke tak, sebab dia depends hospital yg korang nak tu buka berapa banyak penempatan. Kalau berpuluh-puluh, luas sikit lah chance tapi kalau belas-belas atau bawah sepuluh kena berebut lagi laju lah...

7. Dah berjaya pilih hospital, jangan logout lagi. Download segala yg ada dekat bawah anda ditempatkan di etc etc macam surat tawaran, kontrak etc.



8. Dah pilih hospital, cool down your emotion, get enough sleep (if you are restlessness the night before hahaha) and ready to prepare the documents and things needed before PTM.



1st 


2nd


3rd

4th


Siapa yg nak pdf punya version boleh minta saya emailkan ya. Complete all this before ptm ya. Jangan lupa nombor MMC. Oh dan, rumah sewa kalau perlu.


Docs ni ada yg kena submit kat MMC ada yg kena submit waktu PTM. Nak gi MMC pun kena check dia punya website dulu before pergi ya.



9. Wait for 1-2 weeks before date of PTM, buka website e-Houseman dan check tempat korang PTM. 

- By the time I tulis ni, I tengah dekat in between process number 8 dan 9. 
- Then, enjoy your PTM which is few days before you start working and.... happy housemanship!


Semoga kite semua melalui housemanship dengan penuh kesabaran, kegigihan, level up ourselves to be a better person, to be a safe and excellent houseman, excellent doctor.


Thanks for reading! And kalau ada kite silap pape ke nak tambah pape ke boleh comment below. Nak tanya pape pun boleh comment below, i'll try to find the answer kalau boleh insyaAllah.


Credit to : Syaufiq dan Kak Aina yg post diorang banyak jadi reference kite! Dan jugak geng Pandas yg kena proofread memalam dan semua blogs yg direfer :)