30.10.16

Sharing session : 9 study tips.

Assalamualaikum.


Ada orang boleh duduk berjam-jam lamanya dekat meja study, ada orang sekejap je, ada orang baca sekali dah faham hafal, ada orang kena baca banyak kali.

Kalini kite nak share sikit tips untuk study yg kita rasa okay dengan kite (cara kite study kadang2 bertukar depends on keselesaan dan keberkesanan :P), tapi kite bukan lah genius, dan tak power macam orang lain, kite kena put effort, so taktahu lah layak ke tak nak share ni, tapi sharing is caring righhttt :P


1. Elakkan ponteng kelas & try focus dalam kelas.

Kadang2 tewas dengan emosi malasnya...nak....pergi...kelas, kan? But here's some tips that I found quite helpful to me:-

- Cari kawan yang tak suka ponteng kelas, so serba salah untuk ponteng kelas jugak.
- Ingat parents percaya dengan kite.
- Rajin report kat parent harini pakai baju apa, style apa etc. Hantar selfie ke. Termasuklah report kalau nak ponteng jugak, supaya rasa serba salah bila nak bagi reason nak ponteng.

Untuk focus dalam kelas, em yg ni macam susah sikit.. kadang2 depends on style lecturer ajar. Tapi kalau susah jugak nak focus, sambil lecturer ajar sambil baca textbook cuba catch up sikit2 lecturer dah ajar sampai mana ni dan cuba fahamkan.


2. Figure out bila masa kite study rasa berkualiti.

Antara study banyak jam dengan study sikit jam tapi hafal / faham, mesti lah pilih yang 2nd kan. Tapi dapat dua2 itu bonussss. Cuma personally kite cepat hilang focus bila lama sangat study non stop.

Jangan tiru orang lain punya masa berkualiti. Ada orang memang style stay up. Ada orang lepas subuh masa paling segar dan banyak input masuk bila study. In between studies jangan lupa rest untuk refresh :)


3. Tidur yang cukup.

Cukup dekat sini bukan bermaksud banyak okay. Cukup is just nice. Bila bangun tu rasa segar. Sebab saya bila tidur lama sangat pun bila bangun still rasa ngantuk lagi. Tapi kadang2 tidur 6 jam je pun bila bangun dah segar dah.


4. Jangan pandang kawan sebagai pesaing kite.

Okay point ni mungkin controversial sikit. Ada orang dia perlukan pesaing untuk lebih motivasi dan berlumba-lumba.

Tapi bagi kite, in stead of pesaing, lagi elok bila kite rasa orang tu comrades kite. Berjuang sama-sama, nak berjaya sama-sama. Makanya, 2 in 1. Motivasi dan study dalam tenang. Sebab bila bersaing ni tak ke rasa stress lagi2 bila orang tu lagi lebih daripada kite.


5. Cari style study yang bagi impak.

I'm soooo not a person yang baca diam2 je dah boleh hafal dan faham. Style kite ialah kite baca sambil mulut pun baca. Untuk try hafal, biasanya kite baca sekali. Lepastu start balik dari awal topik, sambil try hafal (read: jeling2 jugak), pastu pergi next topik.

Dah habis baca semua, start balik dari awal topik dan kalini try buat soalan & hafal.

Tapi kalau penat hafal guna mulut, tulis. Cuma, tulis macam makan masa sikit lah.


6. Time frame target nak cover topic.

Contoh, kite ada 50 topik untuk di cover dalam masa seminggu. Target satu hari at least kite kena habiskan jugak 10 topik. Tak kisah lah pagi 5 topik, tengah hari 2 topik, malam 3 topik ke, asalkan 10 topik tu kena cover jugak dalam masa sehari supaya esok harinya tak terbeban.

So, 5 hari dah cover 50 topik. 2 hari lagi tu boleh refresh balik semua yg kite dah cover tu dengan cara buat soalan etc. Kena disiplin!


7. Elakkan gadget ada dekat sebelah.

Yang ni merupakan impak paling besar dalam mengganggu focus pastu ambil masa kite dengan sangat banyak tanpa kite sedar. Macam susah nak control. Tahu2 je tangan dah merayap pergi kat handphone. Memula nak check whatsapp je, pastu terbukak twitter, scroll je dah berapa lama. Rasa macam tak cukup update dengan kehidupan orang lain lagi, bukak Instagram pulak. Pastu tetibe tekan explore. Lama lepas tu Facebook pulak.

Bila nak study nya kan hahahaha!

Tapi kalau still nak letak gadget berdekatan, kena kuat semangat dan sila letakkan dalam mode silent tanpa vibrate.


8. Doa.

Doa dari diri sendiri, mintak parents (&suami) doakan banyak2. Jangan malu nak mintak dengan Allah, sebab kite ni hamba, nak bernafas ni pun dengan izin Allah, apatah lagi benda2 lain, kann. Kalau rasa malas tu, minta jugak semoga rajin study.

Dan tawakkal. TAPI sebelum tawakkal kena lah usaha dulu okayyy!


9. Self pat (Literally).

Apa2 pun keputusan, belajar untuk positive dengan diri sendiri. Belajar untuk bersyukur, lepas dah usaha sehabis baik. Elak tahu result kawan supaya tak rasa down bila markah dorang lebih, atau overconfident bila markah kite lebih.

Tapi kalau tahu jugak, andai orang lain dapat lebih belajar happy untuk orang lain, rezeki orang lain. Nak sedih sekejap tu bolehlah sebab manusia biasa, normal lah. Tapi jangan biar sedih kuasai emosi kite lebih 24 jam, cewah. Do something yg buatkan kite happy, everything start from our mind. Orang lain boleh tolong curahkan air liur je bagi kata2 semangat, tapi kalau kite kata tak, idok lah dia. Tapi andai kite dapat lebih daripada orang, tak payah nak show off sangaaat. Syukur, rezeki, cemtuu.


-------------------------------------------------------------------------


Kesimpulannya, lain orang lain cara study nya. Yang penting kena jugak study (unless genius, kite tak tahu genius style study macam mana haha) dan disiplin. Disiplin bagi saya bukan lah 24 jam study, ada berjam2 jugak untuk diri sendiri rehat etc. Tapi kena study jugak dan ada strategy study untuk diri sendiri. Kalau ada yg nak share cara korang study, dipersilakaaan.


Doakan kitorang semua sukses eh. Thank you!
All the best everybody!

23.10.16

Making choices.

Assalamualaikum.




Sometime there's time where you must make wiser decision between two good choices. To choose your months, or maybe years of dreamy dream, or to choose something that gives benefits to a lot of people.


Not to be selfish is quite hard, but I think choose to be wiser is what makes me stronger and tougher and and, wonder woman(?). I dont know if I ever made a great decision, tho I never knew from before, I mean there's no such textbook syllabus on 'Yes, thiiiis is the right decision!'.


But I know that once I've made a choice, I must always remind myself there's no turning back and yes we've chose the best decision and and and, yesss we can do this!


Do remember good for me in your Du'a ehh. I know we are strong, right? Fighting!