Quick review products ! Etude House Beauty Shot Face Blur & Golden Ratio Face Glam

Bismillahirrahmanirrahim.


Soooo harini kite nak bagi quick review 2 products ni :



Annyeong! (Cewah dan dan anyeong mementang Korean Products en...)


I've been a fan of Etude House products since few years already i think... biasalah memula terpengaruh dengan kengkawan asal cam lawa gila dorang pakaiii, pastu start beli sikit sikit sikit sikit... haha. Etude House ni ada few outlets dekat Malaysia. So, senang nak beli barang direct kalau malas nak beli online, cumanya tak semua barang dalam international website ada dekat outlet. (Sedih, being eye-ing this products for few months... haha tp bagus la jugak save duit!)


Anyway let's started!


1. Etude House Beauty Shot Face Blur.


Apa function benda ni? Ni yg kite copypaste daripada website :

"Beauty Shot Face Blur is an effective ‘Multi Blur Cream’ which has the same effect as Photoshop or application on smartphones as smoothing and toning up the skin. 


The baby pixel powder known as ‘blur powder’ makes the skin texture soft and smooth pores and bumps. Also the cover powder reflects the light in different directions to tone up the skin into transparent and multi 3 in 1 skin correction.


The micro size airy skin powder is included to control the sebum and covers the skin lightly for long lasting smooth face."


Dalam erti kata lain dia bagi finishing texture kulit untuk jadi lembut, pores pun takdelah obvious sangat cemtu.




It comes in pump. Packaging and bottle dia sangat lah comel. Jarang barang Etude House ni tak comel...... sensitive betul bebarang comel ni hahahaha.....




Texture Beauty Shot Face Blur ni sangaaatlah softy creamy more to liquid. Bukan cream yg baling tak jatuh jatuh tu, yg ni senang mengalir.


And bila apply, dia bagi efek whitening jugak. So sape yg tak fond benda2 yg boleh alter warna kulit ni, highly tak suggest lah. (For alternative nak cover pores, I would like to suggest products daripada Benefit)


So.... untuk bagi lagi nampak, tetibe kawan kite kena jadi model paksarela. Hahaha thank you! Gigih tau carik model nak bagi nampak effect dia....



Before.



After.


I dont know kite letak sikit ke atau dalam kamera ni dia tak berapa jelas sangat, but pretty much you can see the pores have been covered over there. Kan Kan Kan Kan Kan?


Overall, taktahu lah kite ni memang jenis lepas dah beli barang, positive dengan barang tersebut supaya tak menyesal di kemudian hari ke apa, but I would like to give this products 4/5 stars sebab kite tak gemar sangat very liquid creamy products sebab tak reti nak control berapa banyak nak letak haha...


Oh lupa. harga dalam website : RM 111.


2. Golden Ratio Face Glam


Description website :

"Etude House's Golden Ratio aesthetic makeup line. This 2 in 1 highlighting base and brightening eye makeup accentuates facial features to beautify according to ideal proportions."


So basically products ni dia 2 in 1. Ada partition untuk highlighting base & satu lagi katanya brightening eye make up.




Okay yg kat atas ni rasanya untuk brightening eye make up. But to be honest, kite jarang sangat sangat guna bahagian ni, as you can see how clean it is :) So... untuk bagi full review, sorry tak membantu.



Comot sebab.... tertumpah..... zzz


Tapi untuk part ni kite sangat sangat sangat suka!! Eventhough dia liquid creamy, tapi takpe hahaha. Rasanya ni highlighting base.


Tapi kite guna more to part highlighting (Even put it on bb cream, not before apply bb hehehe). Walaupun hari yg kite tak pakai bb cream atau apa-apa make up yg lain, tapi kite ter----rajin nak pakai sedikit make up, kite akan oleaskan bahagian ni sikit atas pipi dan sapu-sapu. (Please dont follow me tak ikut dia punya base untuk base, ikut cara sendiri je hahaha takpelah makeup untuk enhance confident kan? Hiks)


Bagi kite, it gives effect of course highlighting en, and a little bit whitening pinkish and shimmering glowing glowing, but still looks natural :D Tapi takyah apply banyak sangat sebab idk either orang (Sorang) tu taktahu ni highlighting ke apa dia cakap nampak oily. Nevertheless, i still love it and ada je orang bagi comment positive & tanya pakai apaaaa.



Not so obvious on this photo (Cam biasa thanks model paksarela! Hahaha)


One more added point why i love this product particularly highlighting part is very minimal use soooo jimat! Sekali guna tu berapa titik je. (Tak ingat dah berapa bulaaaaan guna dan still banyak lagi taktahu lah sebab jarang make up ke apa kan....)


Price dia tak ingat berapa.... sebab been awhile since I've purchased it.



Gambar waktu jenjalan Cameron. Nampak sikit highlighting effectnya tu. Thank you lighting!


Sekian review products saya secara ringkas. Kite memang suka Etude House punya products (eh dah berapa kali bagitahu?) particularly Golden Ratio Face Glam ni, Suprice stick concealer, Sun BB Cream and Styling eyeliner (tp sekarang cam susah nak dapat asyik habis stock je....).



Waktu reception haritu insyaAllah kite make up guna both products ni
(tho tak ingat guna highlighting base as base atau highlighter hahaha) :D


Thank you for reading! Assalamualaikum.

My 5 10 things about Zagazig :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Hai korang. Alhamdulillah sedar tak sedar nak dekat 6 tahun dah timba pengalaman dekat bumi Mesir ni oh... Waktu sekolah dulu tak pernah terfikir nak sambung dekat sini tapi Alhamdulillah, here I am (Siap adding kilos since my first year kot? hahaha Whats happen! ).


So... sempena adik-adik SPM (Cewah adik-adik) yg baru dapat result, tahniah untuk semua for whatever the figures show on the slip. You have done your best *pat pat* and this may sound cliche, but ya know, SPM do play important part in whatever course you will take later on, i mean the smoothness for the entrance etc etc (unless you have orang dalam yg kuat gila pengaruh. Tapi at least nak guna orang dalam pun kena strong jugak lah result kan?)


But hey it doesnt mean that okay we have to stop usaha & berharap & what happen on SPM will stay the same years after. Adik, life after SPM is like a brand new journey! I have seen a lot of people around me yg SPM result average, tapi sebab minat & semangat & usaha dia, result dekat university mantap. Excellence, Very Good! #Respect


Okay so tanpa bebel panjang lagi, let's vroom to the topics! My 5 10 things about Zagazig. (Dengan harapan bagi pencerahan sesikit lah life dekat Mesir especially Zagazig ni untuk adik-adik yg tengah bertimbang tara nak datang sini). By the way, this purely my opinion, you are free to agree or disagree with me kayhs #janganbash


Disclaimer note: Walaupun, dalam satu negara yg sama (Egypt), Zagazig, Cairo, Alex, Tanta, Mansoura, Assiut tak semestinya event yg sama terjadi. Berbeza lah kan ikut negeri dan suasana.


1. 10 things about Zagazig University, particularly for Malaysian Medical students.

1. Terletak di Al-Sharqia Governorate. Lebih kurang sejam setengah dari Cairo kalau naik tramco.
2. Yuran tahunan USD 8000 untuk semua subject yg assign untuk tahun tu.
3. Kelas in English (expect different accent)
4. Majority of the text books, university sediakan.
5. Bilangan tahun pengajian medical student: 6.5 years.
6. Guna sistem tahunan, bukan sem.
7. Ada beberapa jenis mode of transportation. Jalan kaki, bas, tramco, basikal atau taxi.
8. Ada hospital university dan bangunan surgery sendiri.
9. Sekitar university ada kedai jus & krib sedap, pharmacy, kedai buku dan medical appliances pada harga berpatutan.
10. Subject:
- 1st year : Anatomy, Physiology, Biochemistry, Histology, English.
- 2nd year : Anatomy, Physiology, Biochemistry, Histology, English, Psychology.
- 3rd year : Microbiology, Parasitology, Pharmacology, Pathology.
- 4th year : Forensic & Toxicology, Community Medicine, Ophthalmology, ENT.
- 5th year : Internal Medicine, Pediatrics.
- 6th year : Surgery, Obstetrics & Gynecology.


2. 10 things my likeable points belajar overseas, Zagazig particularly.

1. Of course belajar budaya baru. Suasana baru. Not living in comfort zone.
2. Learn a lot of new Egyptian street languages (Even sampai sekarang pun tergagap lagi bila nak reply balik...)
3. Jumpa macam-macam jenis manusia dengan macam-macam jenis pe'el. Be it Malaysian or locals.
4. Berdikari. Yes, this is the thing I prominently realize bila belajar jauh ni.
5. Vegetables price , affordable for student.
6. Dekat dengan Europe. So kalau nak jenjalan Europe tu ticket cam murah sikit.
7. Student Medic kat sini dari awal datang, nama panggilan "Duktur, Dukturah". Kata-kata tu kan Doa :3
8. Mesir bumi Anbiya' :) What more can I elaborate.
9. Transportation intercity cam murah (Tapi makin lama makin naik harga...)
10. Semakin menyedari bahawa, family is so so so important. Dan, saya bangga jadi anak Malaysia. Especially bila nyanyi lagu Kebangsaan :)


3. 10 least likeable thing belajar overseas, Zagazig particularly.

1. Kalau homesick, emo sengsorang jelah.... Tapi sekarang kan zaman video call. Muehehe.
2. You may missed A LOT of your friend's wedding :) Or even your own close relatives. Bukan wedding je. Macam-macam family event aaa....
3. Jumpa macam-macam jenis manusia dengan macam-macam jenis pe'el. Be it Malaysian or locals jugak.
4. Rasanya ni dekat Malaysia pun jadi jugak kengkadang. MASA. Bukan la setiap kali, ada je yg tepati masa, tapi almost selalu, contoh cam janji harini, belum tentu siap harini. Contoh janji 5 minit. Belum tentu betul 5 minit. You got what I mean?
5. Craving nak makan benda yg susah nak dapat kat luar Malaysia. Contoh cendol. Ohoii sedapnyewh!
6. Some locals are so ignorance. I mean, there are times when I walked passed the street, pastu tetibe ada orang sapa "Hungga Bungga!" or "Nihao Nihao" or the funniest I've ever heard was "Sushi Sushi!" .  Like..... what?
7. Litters. I'm pretty confidence without sampah literally almost everywhere, this city will be like retro-ish photogenic. (Cantik kot sebenarnya. Tapi dekat tourist area biasanya dia jaga. But I guess I'm not living in a tourist area. Sooo.)
8. Traffic (waktu peak hours) & cara pemanduan. Dulu nervous weh sekarang dah better sikit haha.
9. Rumah jarang ada lift. So kena naik tangga. Eh ni macam kena jadi advantage je?
10. Normal la kan dekat memana ada orang baik ada orang kurang sikit. Malaysian I think sangat lemah lembut. So kengkadang bila nak deal dengan manusia yg keras ni eg. tipu ke, cakap kasar tengking ke, suka memaksa nak beli ke, nak gaduh lawan balik tu cam zzzz sikit. (But there are a lot of good people sebenarnya dekat sini, but still kena cautious bila meet new people). Yes, kat sini kena cautious selalu, especially waktu naik public transport.


4. 10 things untuk persediaan.

1. Mentally prepared. Apa yg korang nampak dekat dalam drama TV wayyy different from reality fyi.
2. Manage your financial well. (The thing that I'm striving to figure out sampai sekarang hahaha)
3. Physically prepared. Dik, you are not living under ketiak mok pok dah semua nak kena suap. Jangan depend kat kawan sokmo, dorang pun ada life jugak okays.
4. Stok Makanan yg susah nak dapat kat luar negara atau kalau ada pun, mahal.
5. Baju kurung/Melayu. Jangan harap lah dekat kedai-kedai sini ada baju kurung kan hahaha. Tapi boleh je pakai blouse or tshirt gi kelas :)
6. Basic knowledge pasal memasak. Takkan hehari nak order je ye dok? 
7. Persediaan buat housechores sendiri / dengan housemates. Takde sape dah nak tolong awak cuci jamban, unless awak hired maid lah.
8. Emotionally prepared. There are a lot of things that need to emotionally prepared. Susah nak cakap contoh cemana. hiks
9. Plan your schedule well.... plesase include exercise dalam schedule dan makan jangan main taram sedap taste buds iolls je....
10. Kalau suami kat Malaysia tu, kena bersedia nak rindu-rinduan lah. Hahahaha!


5. 10 things pesanan untuk adik-adik dan diri sendiri.

1. Datang kelas sebolehnya jangan ponteng kalau reason saje-saje bosan malas taknak gi kelas, even pandai cemana pun. Awak bayar 8k USD kot? Ingat kepercayaan parents. Unless emergency atau ada hal lain.
2. Kena ingat selalu, we are bringing the Malaysian's image.
3. Teamwork. Especially dengan housemates. Ganti family sementara beribu km jauh kot. Try to solve things as a family.
4. Mingle dengan classmates. Takpayah lah nak berclique-clique. Ingat tengah berlakon drama highchool life ke apa? Hahaha. Of course ada kawan rapat ada kawan selesa cerita ada kawan selesa jalan balik rumah semua, what I mean is, untuk daily life, dalam kelas, luar kelas, jumpa tegur lah. Senyum ke. Sembang sikit-sikit ke. Great friends menyumbang kepada keseronakan study life tu koooot!
5. Jangan nak fikir emosi diri je. Layan sejam dua tu boleh la. Biasa aaa hormone en. Pehtu lek lek kite geng balik. We are living in small community in foreign country kot.
6. Walaupun dressing code tak strict, tapi sebolehnya jangan lah obvious sangat selekehnya. (Btw majority of the locals fashionista kot. Dahla cecantik. I'm living in a model's runaway hahaha over!)
7. Cautious dengan sekeliling, untuk diri sendiri dan kengkawan jugak.
8. Prektis cakap bahasa locals, jangan jadi macam hakak ni, sekarang pun aaa ooo eee lagi.
9. Jangan kedekut ilmu dan jangan ego nak tanya kalau tak faham & taktahu.
10. Enjoy your study life!


Okay, that's all for my 5 10 things about Zagazig! Thanks for readinggg. Sesape nak tambah pape, boleh tambah kayyyh. Semoga kite semua lulus cemerlang dunia akhirat amiin. Assalamualaikum :D



2014.