Resipi Shepherd Pie versi simple.

Bismillahirrahmanirrahim.


Okay sebenarnya dah lama tau nak update resipi ni, tp bila rajin kengkonon busy, bila tak busy eh tinggi pulak level nak rehat2 tu.


Tp sebenarnya, ni resipi shepherd pie versi simple2 je tau, sebab kekangan ingredients dan alasan-alasan yg lain. Hmph. Takpela , asalkan rasa tu ada kira jalan laa. Anyway, selamat mencuba! (In case nak resipi yg more exact, boleh google tauuu)


Quantity ingredients ni saya buat untuk 10 small bekas aluminium macam dalam gambar kat bawah ni tau :D



Presentation yg takberapa nak kemas hahaha sorry ! Asalkan edible ye dok *positive itu penting


Untuk layer atas :
1. 1 setengah kilo kentang.
2. Secubit garam.
3. Butter (kalau mcm saya, saya guna almost suku atau separuh)
4. Periuk nak rebus.
5. Air nak rebus kentang.

K. sebenarnya resipinya kentang dan butter dengan garam seco'et je tp saje nak bg nampak mcm resipi banyak hew hew over.

Peel off the kulit kentang, pastu rebus rebus letak secubit garam. Rebus sampai rasa senang untuk dilenyek pastu lenyek lenyek lenyek bersama butter okay. Lenyek tu make sure lenyek habis eh. Sebenarnya ikut resipi proper kena keluar masuk microwave tp rumah sini takdo microwave. Student kan ihiks.


Untuk filling bawah :
1. Bawang sekilo
2. Carrot ikut lah setengah kilo pun boleh
3. Bawang putih 3 ruas
4. Minyak - ikut lah taste . Kalau mcm iolls suka guna minyak sayuran or zaitun.
5. Daging cincang - sekilo rasanya. Pun ikut taste jugak. Haha.
6. Garam & gula sikit
7. Black pepper - taknak yg sebijik besar tu tau. Yg dah ditumbuk tp bukan serbuk.
8. Tepung
9. Tomato paste (Yang i beli ni lebih kurang botol dia mcm lebih kurang besar mug/cawan cemtu)
10. Kicap sikit
11. Sos cili sikit
12. Daun sup
13. Tomato ikut lah setengah kilo ke suku kilo ke


Tumis minyak. Masuk bawang yg dah dipotong dadu halus. Masuk bawang putih yg dah dipotong dadu halus jugak. Masukkan lebih kurang sesudu tepung, kacau dengan minyak sesemua tu. Sebatikan jangan bagi ada lebihan tepung yg takkena kacau. Pastu masuk carrot yg dah dipotong dadu halus jugak. Sebenarnya potong dadu halus ni personal preferences sebab bagi i senang nak makan gitu.


And then, masukkan daging cincang yg dah dicuci tu, kacau kacau kacau sampai warna dia dah keperangan/kekelabuan sikit. Masukkan tomato paste. Kacau-kacau, masukkan sos cili sikit and kicap sikit. Kuantiti dia secukup rasa ikut taste tau. Garam sikit, gula sikit, alter alter, rasa dia taknak bagi manis sangat. Lebih kurang rasa mcm bolognaise gitu.


Agak-agak rasa dia dah menarik hati, kite masukkan black pepper sikit , jangan banyak sangat pls! Karang ada yg excited sangat sampai tertuang black pepper kang haha. And then masukkan daun sup and tomato *optional sebab dah ada tomato paste in case taknak masam sgt. Sy takletak pun tomato actually hahaha. My personal preferences taksuka tomato hancur sebab tu masukkan last2, gitu.


Gabungan layer atas dan filling bawah.

1. Dalam bekas aluminium tu, masukkan filling bawah dalam tinggi dia setengah/suku bekas.
2. Bahagian atas sapukan mash potato tadi guna spatula atau sudu atau kedua-duanya sekali (ni jenis amateur mcm i hahaha). Elok elok ye.
3. Masukkan dalam oven dalam 25 minit until potatoes begin to brown. Tp sy buat 15 mins je sebab nak cepat so takberapa nak brown tsk. Eh tp still edible (dan org ramai suka) insyaAllah :)



Anyway, sebenarnya saya tengok resipi sebenar  drp sini , so kalau nak resipi yg lagi proper bolehlah klik klik klik.





Dan taraaaaa, selamat mencuba! (Presentation biar molek sikit jangan cam kat atas ni ok! hahaha)


Assalamualaikum.