9.10.11 :)

Bismillahirrahmanirrahim.




The moment when i put make upS on along during his wed's day :D Okay it is not a full set of make up lah. Gila apa, aku sendiri pong takpakai, nak gi try an error dekat org lain, time big day pulak tu! Just 2/3/maybe4 layers of compact powder je. Okayy, itu pong makngah punya. Kekeke :P


But still, perhaps 1 in a life time chance you know? Now, i am officially a doctor-to-be, teacher and mak andam. Hikhikhik malu >.< #motip?


ps. Take 5 tamat. Let's get back to works, gegel! Assalamualaikum :)

Hai :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Today is the last day for 1432 h. Last half an hour (plus minus) adalah my last asr prayer before we enter our new year this maghrib, insyaAllah. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk tunaikan, alhamdulillah :)


Sangat2 sedih, bila terkenangkan semua dosa-dosa, maksiat-maksiat yg dah aku buat sepanjang tahun ni :'( Sangat. I'm too obsessed fullfiling my own nafsu, cakap-cakap syaitonirrojim. I am too weak to listen to my Iman, my akal, ''Mujahidah, dont do that. It is wrong!'' Daripada sekecil-kecil wrong, sampai lah sebesar-besar wrong. I am too weak. I am too weak. I am too weak.


Yet, Allah masih bagi aku peluang, untuk berubah, untuk baiki diri aku lagi. Bukan sekali. Bukan dua kali. Tapi banyak kali! Itu baru yg aku sedar, yg aku tak sedar, banyak lagi. ya Allah.. Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih ya Allah..


Selain peluang yang Allah bagi, Allah nak jugak bagi aku pengajaran. Sebab guru terbesar seseorang adalah pengalaman. Dan dalam pengalaman tu banyak kesilapan. Dalam kesilapan tu, itu lah yg buatkan aku lagi matang. Bangun lagi tinggi daripada ketinggian sebelum aku jatuh. Ketinggian yg insyaAllah, akan dapat mengatasi kalimah 'I am too weak' tu.


''Jangan lah kita membenci si pelaku maksiat, tapi bencilah kepada maksiat yg dilakukan.''


Kata-kata ni betul-betul membuatkan aku cukup kuat untuk kuat kembali. Itu maknanya aku masih ada peluang untuk berubah! Ya, semua orang insyaAllah ada peluang untuk berubah, kalau tak, apalah gunanya perkataan 'taubat' & 'insaf'.


Juga kepada orang sekeliling orang yg membuatkan kesalahan, janganlah korang tinggalkan sahabat2 korang tu keseorangan dan jangan lah pulak korang turut sama buat kesalahan tu. Sebab kalau korang tinggalkan kawankawan korang tu keseorangan, dia akan lost. Mana tahu dia sebenarnya nak berubah, tapi disebabkan korang tinggalkan die, die terkapai-kapai. Dan tak ke kejam namanya tu? Lagipong apa sebab korang nak tinggalkan die sengsorang? Sebab korang rasa die jahat? Kesalahan yg die buat tu yg jahat, bukan orangnya. Korang lah insan yg kena guide die sebenarnya. Lagipong siapa lah kite untuk kite judge die tu jahat, macam lah kite ni baik sangat? Okay ni memang ayat kasar. Tapi sebenarnya peringatan untuk diri sendiri jugak :)


Aku harap tahun 1433 h. ni lagi +++ baik drp aktiviti-aktiviti 1432 h. kita semua. insyaAllah :)

# Jauh daripada buat jahat. Dekat dengan buat baik.
# Jauh daripada su'uzzon. Dekat dengan husnuzzon. Come on, bersangka buruk sangat tak matured, okay?


Apa azam tahun baru? I know azam tu selalu datang secara tiba-tiba. Once it come, write it. And try to make it become reality as hard as you can, with usaha, doa dan tawakkal. insyaAllah :) I am not trying to be a skema, but i am trying to be a great muslimah, in a normal Mujahidah's way. And to make it happen, i need your help. Support me. Again, stop thinking negative, because we all are grown ups.


I hope this post will give you something usefull. Selamat tahun baru 1433 h. untuk umat Islam seluruh dunia :) Let's make it wayyy better than last year, together, insyaAllah :)


Assalamualaikum.


REMINISCING THE PAST.

Bismillahirrahmanirrahim.


I'm drivethru-googling my old album. And i found this:



All i can say is, SUBHANALLAH, MASYA-ALLAH. Sangat sangat cantik.



Bukan nk poyo or berlagak or whatever yg se-lori dengannya, but.


I REALLY, DO LOVE, MISS NEW ZEALAND SO MUCH.


My 2 months there feels like 2 years. Sangat best. Amat. The environment, the peoples, the weather, the culture, the geography, the gardens, the malls, the peacefull-ness and most of all, THE BEAUTY OF NATURE ITSELF. Rasa macam baru last few months pergi.



Oh, rindu. Belanja i ticket pleaseee? :B Hihihihi :B Okay stop. I should continue ber-anatomy now.
Assalamualaikum.


Selamat hari raya aidil adha :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Rutin normal hari raya :B


family potrait versi salam perantauan :B



Tiang lampu jadi watak utama bila versi salam perantauan :B Haha



AYU versi salam perantauan :B



Dinner versi salam perantauan :B



Tembam versi salam perantauan :B







Syok sendiri versi salam perantauan :B



Alamakk gambar tak rotate versi salam perantauan :B



Rindu family kat Msia woooo versi salam perantauan :B



Semoga kite sentiasa menginjakkan diri kite dekat dengan arah kebaikan, setiap detik, insyaAllah ::) Dan semoga aku rajiiiiiiiiiinkan lah diri aku ni pergi baca, bukan setakat tengok buku tu. Amiiiinnn.
Assalamualaikum :::)


:B

BEST PICTURE, EVER :)


ps. Gambar daku beraya diperantauan nanti nanti lah yee ::)


Syukran giddan giddan giddan :D

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, dapat jugak aku tunaikan puasa sunat 9 zulhijjah ni, semoga puasa kite semua diterima Allah, insyaAllah amiiinnn ::)


Okay, sebelum ni aku selalu dengar org ckp, kalau raya fitri, kat Malaysia memang meriah. Tapi kalau raya Adha dekat sini lagi meriah. Aku 'kurang' dapat rasa feeling tu saaaampaaaaiii lah pagi tadi. Yelah, bagi aku lah kan, as long as kite ade dengan family, takkisahlah raya kat mana pong, hati ni still rasa meriah jugakk *cecehh :p


First, pagi2 lagi mama baba dah suruh kitorg naik atas. Ingatkan buat apa, rupanya tengok kambing kena lapah manually by anak die. Esok pong lepas solat sunat raya, baba mama ajak naik atas lagi, tengok kambing kena korban. Lepas tu tolong mama masak makanan egyptian.


And ifthar tadi, alhamdulillah rezeki kami, mama baba ajak ifthar dekat rumah mereka, mama siapkan makanan egyptian. I cakap sama you, SANGAT BANYAK OKAY KUANTITINYA. I story dekat Fateng, Fateng tanya ''Muja tergugat ke perut diorang lagi power?'' Cisss, i dah kurus okay. I, dengan Megan Fox tu takbanyak tau bezanya :P


So, sempat lah jugak aku jakun tangkap tangkap gambar makanan diorang kan. Almaklum, bukan selalu ohhh. Sila ushar and sila wondering macam mana gadis 6 orang ni berjaya habiskan :B


Ini namanya Kunafa. Die macam mihun tapi bukaaannnn mihun ye. Bawah die ade air gula, dalam die ade kacang kot. Oh ini sebenarnya dessert, tp terupload awalawal pulok.



Sepinggan tak lengkap hidangan. Ada lagi makanan lain, tp takmuat pinggan.
SILA BAYANGKAN.



Kufta. (KOT EJA DIE)
daging+bawang+ade lah rempah rempah die aku lupa :B



Ayam bakar tapi takrasa karbon, rasa sedap saaaanggatttttttttt.
Nak mintak resipi, tp segan Kihkih :B



Sambal potato and daging kambing yg dilapah pagi tadi kot :))
Marvellicious weh. Takde bau.



Mahsyi. Tolong lah faham aku hentam je ejaan die. HAHA.
Dalam tu nasi, diwrapped oleh daun cabbage. Titibe aku terbayang kimchi :B



Main dish. Baked macaroni dalam loyang yg size XXL punya.
Dalam gambo memang nampak kecik. Tapi cuba korang comparekan tangan si pemotong tu dengan loyang. Banyak gilaaaaaaaa kitorang makannnnn.


Lain lain yg takde dalam ni:

-Kacang ape entah. 2 jenis.
-Tangerine.
-Jambu.
-Air apricot fresh punya! Saaaaannnggggaaaaattttttt sedaaaaaapppppp!
-Ada lagi kot, tp aku lupa. Tehehhehehehehe.


Kalau korg baca ni waktu korg tengah lapar laaaagi mahsyuk bunyinya :P Oh esok raya aidil adha, insyaAllah ::) So salam aidil adha yeee!


From Zagazig, with love <3
Assalamualaikum.


:) Salam Aidil Adha (:

Bismillahirrahmanirrahim.


Sabda Rasulullah s.a.w

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)


Salam 9 Zulhijjah dan Salam Aidil Adha ye koranggg ::) Kullu Sanah wa antum toyyibin, insyaAllah ::::)


Special-special-special VVIP dedicated for family tercinta :B
And of course untuk kawan2 semua :B



Special from, anakmu/rakanmu yg takde lah jauh sangat diperantauan (Saje nak sedapkan hati :B)


Ps. Raya-raya memang kena homesick lah eh? Mujaaaaa Mujaaaaa -.-


New fresh look.

Bismillahirrahmanirrahim.


Simple tho. But i think it's refreshing :)


At first, i'm afraid if i'll change it to total disaster. Tapi alhamdulillah, everything will be okay in the end, if it's not okay, then it's not the end :) Sama jugak macam aku. Dalam hati aku, aku memang nak berubah. Bukan nak poyo wah masa silam muja eeyyuuuwwww teruknya. Sebab sesetengah orang die mcm bangga 'weh my past worst than you lah', siap nak berlawan lagi siapa punya past lagi teruk. Diorang nak buktikan apa sebenarnya?


Tak ah. Masa silam aku normal. Cuma kite, manusia biasa. Rencah-rencah yg aku tabur dalam 'masa silam aku yg normal' tu yg buatkan aku memang kena berubah. Sebab aku sedar aku dah banyak tersilap tabur rencah yg salah. Tapi aku tak ubah awal-awal. Kenapa? Sebab aku takut.


Takut orang takdapat terima. Takut orang cakap apa pulak. Takut orang tak support aku. Takut orang tak percaya aku nak berubah. See, aku terlalu berusaha fikirkan 'orang'. Siapa orang-orang tu Muja?


Aku sendiri takdapat nak list kan. Bukan sebab taknak, tp memang taktahu. Jadi apa masalah kau Muja? You are trying too hard to please others, and you? Dont you pity yourself? Kau yg kena berubah dulu Muja. Panduan, guidelines, semua dah ada. Either kau nak atau kau taknak. That's all.


Mereka yg takdapat terima, kau senyum. Mereka yg dapat terima, kau sengih. Mereka yg siap tolong memudahkan kerja kau lagi, kau grab tangan diorang, and heading forward together. No turning back. Kalau setakat nak toleh belakang tu boleh lah, yelah, toleh supaya kau sedar, jangan buat benda yg takbagus tu lagi and upgrade benda yg kau rasa dah bagus kau buat, sebab sebenarnya benda tu takde ah bagus sangat pong lagi.


Kau je yg perasan. Haha :B


Semoga urusan kite dunia dan akhirat dipermudahkan insyaAllah amiiin.
Selamat Hari Raya Aidil Adha! From Zagazig, with love, Mujahidah Asri.


Assalamualaikum :)