27.1.23

Umrah with kid(s) :) - Our Umrah 2023 journey.

 Bismillahirrahmanirrahim.


Less than 1 minute reading introduction : Alhamdulillah, we got the chances to start our 2023 with Umrah's trip with (my husband's side) small family members which consists of 13 adults and 5 kids, and...  of course travelling long distance with small kids was a new experience for me and Muadz, so... since we are amateur, we learned first hand on the ground hahaha, and hence sharing this based on amateur experience hiks.

Makkah, January 2023.

Anyways. Hoping that this post gonna be a bit of help for first time parent that wanna bring kids for long distance travel, particularly for umrah :) This post gonna be a longgggg one I think coz basically I'll cover the whole stuffs (things to bring, itineraries, etc) in one post 😀 and I mostly akan share tips on how my husband and I personally uruskan baby for this 13 days Umrah & ziarah trip coz we started from noobies :) I akan bahagikan cerita i ni ikut kategori tau, bukan ikut hari, so kalau korang malas nak baca semua, boleh jump onto the topic that you guys nak tahu.

Alhamdulillah, after almost 15 years ago since I perform my umrah Wada/Wida, Allah grant my prayer to be HIS' tetamu again... this time with my schmoll family 😭💓 


Let's start, shall we 😉

Pardon me for my mixed langguage 😜

Masjidil Haram, January 2023

Perjalanan umrah kitorang bermula dari 1.1.2023 (KLIA - Jeddah Airport) sehingga 13.1.2023 (Madinah Airport - KLIA) and kitorang naik direct flight MAS, so perjalanan kitorang about 9 hrs macam tu, pergi under travel agent Andalusia.


Family along, asyraaf, tasnim datang hantar kat airport, xoxo~


Family Ben Noh di airport, xoxo~

i. Checklist.




Sebelum kita cerita perjalanan dari dalam flight sampai ke destinasi, dekat atas ni adalah initial my own list things to bring. Initial - sebab by time, I modify benda yg perlu dan tak perlu bawak lagi based on our own needs. Contoh yg I rasa boleh subtract out adalah pakaian, I bawak like 5 pasang baju max, tapi I rasa boleh je nak kurangkan to like 3 pasang sebab dekat sana usuallyyyy kita akan beli jubah jugak, so bertambah barang nak masuk luggage nanti.


Last minute-not-in-the-list-addition; tilam travel baby

Tapi, it all depends on individuals need lah. Waktu kitorang pergi tu musim sejuk (winter), so macam tak kerap berpeluh dan baju-baju yang kitorang dah pakai pun boleh basuh - either basuh sendiri or dobi, tapi kitorang choose dobi sebab accommodation kitorang tu macam tak berapa nak sidai-friendly hahhaha. Dekat Makkah, caj dobi kitorang adalah 20 Riyal per KG pakaian, whereas dekat Madinah 15 Riyal per KG pakaian. Pakaian siap lipat dalam 24 hrs.


Part of medication yang kami bawa

Oh ha , macam telekung tu I bawak 3 pasang, tapi boleh je bawak 2 pasang, satu yg ada kain (sebab kalau tak solat kat masjid, nak solat kat bilik senang ada kain terus kan), satu yg telekung atas je sebab most of the time solat kat masjid either pakai telekung dan stoking atau pakai tudung, handsock dan stoking je (pakaian menutup aurat) sebab senang untuk berjalan dan umrah semua. Dan pakaian tu, my personal fav is yg jenis set (I beli kat shoppee) and very minimal - to no ironless needed sebab nak save and minimize energy kat benda-benda yg boleh di save and iron baju is not one of them 😹


Wearing ironless set blouse~


Wearing telekung and sock takyah bawak kain sebab nak senang jalan~

Oh, ini termasuklah tudungggg. This may not be popular opinion to some yg mungkin rasa selekeh, tapi I suka pakai tudung sarung sebab dia jimat masa, dia tak renyah, dia kemas, dia tak buat serabut kalau pakai lama-lama pun especially breastfeed mother, dia very the jarang akan buat bad tudung day (I rasa most perempuan yg berhijab tahu ni hahaha), cuma kena pandai pilih tudung sarung sebab tak semua tudung sarung give a good effect awning to individual. My current personal favorite is Aminie Hijab, I selalu beli dekat Ig : @richrichieshop sebab servis best ! And ofc tudung dia kena dengan cita rasa i (Bukan paid review ke apa yeee).

#tudungsarungftw

2. Itineraries.

Kami pergi ke Makkah dulu sebelum Madinah. Dekat Makkah 1-7 Januari 2023 then 7-12 Januari 2023 kami di Madinah. Makkah - Madinah by bus took around 6 hrs like that if I'm not mistaken termasuklah berhenti dekat R&R dia makan nasi Arab, solat, change baby diapers etc 😀 Tapi biasanya untuk mereka yg umrah DIY tanpa thru agent, diorang boleh opt untuk naik train yg perjalananya lebih sekejap berbanding bas.


Below are more or less our own itineraries (agent ada provide itineraries tapi kami modify sikit2 based on our preferences and situations).

K yang itineraries ni basically yg main-main activity, takdelah i letak exact what we actually did in 24 hrs tau 😂. Below are some of the photos during our visit/activities.


Ziarah to Jabal Rahmah


Ziarah around masjid nabawi


Ziarah di Jabal Uhud


Ziarah naik bas provided by travel agent


For feeding during ziarah boleh pakai nursing cover, during umrah/di masjid, pakai telekung je pun dah okayyy

Jabal Uhud



Jabal al-Rummah, where the said-pemanah stand in the perang Uhud's story



Ziarah around jabal uhud


Ziarah around jabal uhud


Ziarah Jabal Uhud


Ziarah di Masjid Quba'


Masjid Quba'


Ziarah Ladang Kurma


Here, beside some kurma shopping, we had cups of coffee and hot instant noodle (mi sedap) in a cup. Fuh such a combination with outdoor winter breeze is 👍👍👍


Chilling around Ladang Kurma

3. In flight.

Bassinet.

Dalam flight, kitorang request for bassinet untuk babies since it's a long flight kan and I think we make a great decision to request for bassinet haha.


Baby in bassinet~

The cons is, since flight ni agak penuh, so nama infant akan attach bawah sorang je parents either mom/dad, let say bassinet is seat number 15D lah kan, so ayah dapat seat 15D whereas mak dia letak bukan sebelah-sebelah, contoh 17C. So at times yang kita perlukan bantuan partner dia agak sukar/limited sikit. Other than that, I recommend bassinet untuk parents yg ada small baby for long distance travelling. But the cabin crew is really helpful especially time makan, dia akan bagi meal dekat salah sorang partner lebih awal supaya boleh gilir-gilir makan dan jaga baby. Unless you guys package business/first class lah, itu maybe one whole different story 😀


Oh and, untuk bassinet, during fastened your seatbelt signage is on contoh waktu cuaca tak begitu baik, even baby tengah tidur, we need to angkat baby, attach their seatbelt on us mcm biasa waktu take off and landing.


Okay done cerita bassinet. Now cerita suggestion tentang preventing change in atmospheric pressure for baby and in-flight changing diaper.


Change in atmospheric pressure.

Untuk adult, biasa kan kita kalau naik kapal terbang akan rasa macam telinga berdengung sebab change in atmospheric pressure kan, so dia jadi tak selesa. Biasanya kita akan telan air liur/chew gum/ etc kan.



Earmuff for hearing protection 

But for baby kalau kita suruh telan pun mana dorang faham kan haha, so what I learned from my friend is jangan bagi dia feeding awal sangat, suggested menyusu waktu nak take off or landing tu baru kita feed susu supaya baby tu  menelan something untuk elakkan tak selesa kat telinga. Oh I beli special earmuff jugak untuk hearing protection against loud noise during take off and landing, tapi kadang2 terbuka juga lols sebab dia tidur kepala kan kadang2 gerak kan.

Changing diaper station.

For changing diaper, dalam flight ada few toilet yang ada facilities untuk tukar diaper. Dia akan ada pictogram (gambar) dekat pintu toilet gambar ibu tengah uruskan baby yg mcm biasa kita tengok kat mall/airport tuu. Tempat station tu adalah atas toilet bowl, so just tutup toilet bowl dan bukak station tu. For me, it's convenient 👍👍

So dalam cabin luggage, make sure ada barang2 baby yang biasa kita bawak kalau nak gi mall tu, contohnya : changing mat, wet tissue, plastic nak buang diaper supaya tak incovenient kan hidung pengguna seterusnya hahah, diapers i bawak dalam 4-8 pieces sebab nak tunggu kat airport etc, baju ganti kalau perlu - 2 pcs, telon, nappy cream dan sebagainya ikut keperluan masing-masing.

Hm okay i think tu je kot untuk in flight punya cerita yg berkenaan dengan baby. Untuk adult, yang extra is bawak spray kecil untuk berwudhuk dalam flight :)


4. Umrah.

Alright. Yang ini antara dm yang paling banyak i dapat. How do you perform umrah with small kid/baby

💓

Tapi sebelum tu, untuk adult, since kitorang akan ke Makkah dahulu sebelum Madinah, yang lelaki dah pakai kain ihram siap-siap dari Malaysia. Ada yang terus pakai set ihram atas bawah dari Malaysia, but for most of my male family members, mereka pakai kain ihram bawah je dulu, atas pakai shirt/tshirt biasa. Then bila dah dalam flight, nak dekat2 qarnul manazil - in our case, the pilot/cabin crew inform okay sekarang kita di sekian-sekian, boleh niat ihram, baru these male members tukar ihram atas dan perempuan pun boleh dah bukak face mask. Otherwise, perempuan pakaian macam biasa, tak perlu telekung from the start, tapi tutup aurat lah ya.


Kaabah, Masjidil Haram, Makkah.

Once dah niat ihram, kita kena jaga lah pantang larang dalam ihram sampai lah habis umrah wajib pertama 😃 Tentang ni I tak sentuh sangat lah ya, hukum dan rukun ni banyak di website2 untuk dibaca dan difahami.


Umrah with baby.

Okay, sampai Jeddah dan Makkah kami dalam ihram, check in hotel dan berehat & makan sekejap, then baru bersama Mutawif dan rombongan jemaah yang lain untuk umrah wajib kami.


Haji Muadz & Haji Muhammad 😛

Waktu ni lah kita ambil chances untuk tukar diaper baby sebelum perform umrah. So, jangan lah tukar awal sangat diaper tu. Let say, kata nak berkumpul untuk umrah around 7 am, around 6.30-6.45 am baru tukar diaper sebab kalau tukar awal sangat nanti dia poo pulak nak dekat2 nanti, kena tukar lagi sekali pulak. Kita pun nanti rushing nak ambil wudhuk apa semua. So, kena make sure diaper dia bersih sebelum betul2 nak gerak ke masjid nak buat umrah. Oh lupa, hotel kami ke masjid around 300-400 meters.


Tawaf. Untuk tawaf, ada beberapa level boleh buat.

Yang pertama : mataf. Yang ni adalah dataran yang bawah tu lah yang ada kaabah tu. Okay dekat sini, sampai saat yang I pergi haritu (taktahu lah akan berubah ke tak nanti), untuk lelaki, hanya yang pakai ihram je boleh masuk. Maksudnya kalau pakai jubah dia suruh naik level lain.


Mataf area.


Mataf area.

Dan dekat mataf ni, stroller baby tak boleh bawak masuk, dia akan ada station untuk tinggalkan stroller tu. So, my husband and I punya personal preferences adalah untuk pakai carrier during tawaf dekat mataf ni. Kami ada rujuk ustaz mutawif regarding pemakaian carrier ni, dan beliau kata boleh 😄 Most of the time, my husband yang akan pakai carrier ni, I akan ada dekat side/belakang dia dan pegang kemas dan rapat dia punya kain ihram, sebab orang ramai waktu tu. Alhamdulillah for Muhammad, most of the time dalam carrier waktu tawaf tu dia tidur je 😂


Yang kedua: Level atas. Dekat sini, stroller boleh bawak. Cumanya, bulatan tawaf tu akan rasa lama untuk habis berbanding tawaf di mataf. Baby daripada tidur pun boleh terbangun, dan kadang-kadang boleh poo jugak haha 😂 Taksilap I kitorang tawaf sunat kat sini waktu tu and ada few times yang kitorang keluar daripada bulatan sekejap ke dinding luar untuk ambil wudhuk baru/change diapers.

View from level atas

Yang ketiga: Level naik buggy (berbayar). Buggy ada apps untuk kita book pukul berapa etc. Kami naik buggy waktu buat tawaf wada'/wida'. Satu buggy tu max 2 pax + 1 kid only. Personally I recommend juga untuk naik buggy at least once.


Price and apps for buggy booking

Solat sunat. Lepas selesai 7 pusingan tawaf, kita akan cari kawasan untuk solat sunat, ramai orang akan cuba untuk solat di kawasan Multazam. Takpe, walaupun ramai orang, pasang niat sungguh-sungguh, insyaAllah akan dipermudahkan 💗 Oh lupa, waktu nak buat umrah ni sila ready kan sejadah dan juga bag/plastik untuk kasut ya. Sejadah I prefer yang medium thickness sebab I nak letak baby atas sejadah waktu solat.

Solat sunat di Mataf


Solat sunat di level atas

Mungkin salah satu asbab, tapi I praktis kan untuk involvedkan Muhammad sama-sama dengan I waktu solat since dekat Malaysia, maksudnya waktu I solat, I akan letak Muhammad atas sejadah, and Alhamdulillah so far Muhammad jarang meragam waktu I solat kat sana, dan dalam masa yang sama, kita boleh prektis cara untuk dukung baby waktu solat in case dia menangis/meragam perlukan kita 😘 The other way is, gilir-gilir dengan suami lah sorang jaga baby, sorang solat sunat. Tapi waktu solat fardhu, kita mesti nak fadhilat solat jemaah jugak kan, so takleh nak gilir-gilir, so kena belajar jugak letakkan baby atas sejadah/dukung waktu solat (tapi kalau dia berak takleh lah haha).


Pengasuh part time Muhammad 😜

Okay sometime during solat fardhu, I bawak stroller juga tapi solat di bahagian luar perkarangan masjid supaya Muhammad boleh tidur.


I honestly prefer untuk parents with small kid untuk bawa bersama stroller waktu travel sebab selain jadi kenderaan bayi, dia boleh jadi letak tempat barang (sejadah, selipar, bag, shopping bag), tempat tidur mahupun tempat tukar diaper during outdoor visit naik bas etc.

Saie. Okay, lepas selesai tawaf, solat sunat and minum air zam zam, before mula buat saie, my personal preference adalah untuk feed kan baby. Sebab tawaf dah around 30mins+ (depends on keramaian orang dan parameter pusingan kita), nanti saie ambil masa about 35mins+ lagi (depends on kita berhenti-berhenti ke tak, minum air ke tak), so takut baby cranky/lapar ke. So before start saie, kita feed kan dulu. Berhenti dekat kaki kaki lima antara mataf dan tempat saie and feed dulu.

My double Ms 💓

During saie pun my husband yang bawak Muhammad dalam carrier dan lari-lari anak dekat lampu hijau tu. Untuk I, I suka pakai stokin tebal orang pantang tu rather than yg ada batu2 kat tapak tu sebab lagi senang nak manage technique berjalan bila rasa lenguh. Haha. During saie, banyak station zam zam, ahhh bestnya bila ingaaaaat. Lega tengah2 saie tu berhenti minum zam zammmmm, sapu-sapu kepala Muhammad dengan zam zam jugak bagi dia fresh.



Saie area

Tahallul. Okay, jangan lupa bawa gunting kecil untuk bertahallul lepas dah siap tawaf dan umrah. Usually kami bertahallul dekat dengan Marwah lepas dah habis saie 7 pusingan~ Oh dekat underground/basement Sofwah Tower (dekat dengan tempat keluar daripada tempat saie, dekat dengan hamam/toilet) ada banyak kedai gunting rambut untuk sesape yang nak bercukur.


Bawak set gunting yang Muhammad dapat hadiah dari auntie2~


Rindu Makkah. Rindu unlimited zam zam refill.

Untuk nak solat fardhu dekat masjid, suggested untuk ready dekat masjid about 1 hr before kalau tak nak buat umrah sebab later than that, banyak jalan short cut ditutup so kena detour jauh sikit.


View around our hotel



View around hotel


On our way to masjid~



Umi and Muhammad otw to masjid~



Umi and Muhammad in front of masjidil Haram 💓




The view that I miss 💓

Untuk nak shopping jubah, I rasa Makkah lagi murah sikit jubah-jubahnya. Kitorang shopping dekat Sofwah Tower. Untuk chocolate di Makkah, kitorang suka shopping dekat Carrefour dia ehek.

Shopping di Carrefour~

Umi excited jumpa chipsy fav waktu zaman belajar

Walid tunjuk skill shopping di Safwah Tower~

Walid tunjuk skill shopping di Safwah Tower 2.0~

Food hunting

5. Masjid Nabawi dan Raudhah.

Madinah generally for me lebih bertenang walaupun masih ramai umat manusia.  Masjid tempat kami menginap lebih kurang 100 meter daripada Masjid Nabawi, kami selalu masuk ikut gate 333, dan pintu jemaah wanita terdekat dengan kitorang yang selalu kitorang masuk ialah 24-25.

Madinah yang dirindui~

Waktu I pergi, dalam masjid nabawi bahagian jemaah wanita, budak-budak dengan baby tak boleh bawak masuk tau. Tapi bahagian lelaki boleh. So kalau nak bawak masuk dalam masjid, boleh pass kat husband 😋 Tapi solat dekat bahagian masjid luar boleh jeee bawak baby dan stroller.

My schmoll family in front of masjid nabawi 💓

Untuk raudhah, sila lah install apps nusuk - untuk book slot kita masuk raudhah. Dia perlukan number visa kita tak silap. Macam kitorang, I book slot lambat tau, sebab initially pergi under agent punya permit masuk raudhah.


Apps nusuk

Tapi... dah beratur2 semua, betul2 depan entrance, like ada 5 orang kat depan tengah beratur, tak lepas masuk, sebab katanya dah capai limit jumlah pax permit tu.......

Beratur nak masuk raudhah under agent's permit

so, balik tu i dengan adik ipar i terus mcm book slot untuk masuk raudhah, the latest date adalah dua hari selepas tu (sehari sebelum balik). Alhamdulillah rezeki... so dinasihatkan untuk sape yang sampai Makkah dulu before madinah tu, install siap2 dan book date siap2 okay!

Queue dalam masjid waiting for entering Raudhah area

Inside raudhah. Kawasan perempuan tak nampak full mimbar area, if i'm not mistaken, the nearest tiang to jemaah perempuan ialah tiang 'aisyah. Makam will be on our left side. So masuk sini, terus straight ke depan sampai nak dekat dengan al-Quran's shelf untuk nak ke arah tiang 'aisyah.

In front of Raudhah's exit

6. Hotel.

In Makkah, we stayed at Hotel Olayan Al Haram, dekat Ibrahim Al-Khalil Street, about 300-400 meters (5-15 minutes) walking distance to Masjidil Haram -- depending on the route and pace that we take.

our route from hotel to the masjid

Building nearby our Makkah's Hotel

Together with the hotel, package yg kami ambil including 3 times a day meal yg mostly Asian style menu. I google-d it is a 3-3.5 stars hotel but I'm not gonna review much regarding this hotel sebab kat Makkah mostly kita akan keluar beribadah kan, untuk balik bilik berehat dan bersihkan diri, it was just okay lah.

View outside our hotel's building

The rooms has several layout tho so perasaan keluasan bilik tu terasa berbeza lah bila kita ke bilik-bilik yg berlainan. Mungkin jemaah waktu kitorang pergi tu ramai, so lift waiting time is one of the ujian kesabaran di situ huhuhu, ada sekali I ngan Muadz try bawak Muhammad naik tangga sebab menunggu lift lama, and our room was at Level 7, so.... mengah gak ah pastu hahahaha. But otherwise, it is fine. The water heater works fine, the katil can sleep so okay lah, layaaan~ And most of the time boleh dengar azan 💔 Rindu Makkah dan its serenity and liveliness.


Me in Makkah post raining


M's duo during night strolling in Makkah


Makkah, a city that never sleep 💓


The Syeds and Sharifah otw to the masjid

So far the shawarmaS that we bought okay2 je but imo Malaysia's one lagi kena dengan taste I haha, tapi Egypt punya is my fav

This one , dekat safwah tower. Shawarma dia not bad, tapi I rasa 'asir area sini memang style mcm tu. Again, rindu egypt punya 'asir hahaha

Rindu 💗

Alhamdulillah, the hotel that we stayed at Madinah was superb. Our hotel : Nozol Royal Inn Madinah, berhadapan dengan Hilton Hotel. About 100 meters (3-5 mins) walking distance to Masjidil Nabawi.

Our hotel in Madinah

3 times a day meal jugak and lunch/dinner time always ada mutton. Dekat lobi ada Baskin Robbins, haha tiberrrr. Dekat Madinah, jubah dia lebih pricey, tapi nampak lebih exclusive in my personal opinion. Chocolate2 kitorang banyak beli kat Bin Dawood (dia mcm hypermarket/supermarket gak).

Otw shopping di Bin Dawood

I taktahu apa nama tempat ni tapi macam banyak kiosk2 warna hijau dekat dengan hotel, jalan sikit dekat dengan Pasar Benggali where I bought Inai Madinah.

Kiosk sini jual macam-macam makanan from sandwich to ice cream to coffee to bakso hahaha

Ofc I cari ice cream meskipun winter hahaha

This pasar is just after the green kiosk. Both are just nearby the Masjid Nabawi

Rindu Madinah dan its peacefulness.

Oh btw lupa, Madinah is more stroller friendly. So almost all the time kitorang pakai stroller.



Rindu Madinah 💓

Rindu Madinah 💓


Again, Muhammad is sleeping on the stroller. Stroller is really a multipurpose vehicle haha


Inside of Masjid Nabawi


Looking for Coffee


Since baby cannot enter inside woman's area, umi solat dengan Muhammad dekat perkarangan luar. Again, sejadah ini best sebab 2 in 1 and tak begitu sesakkan bag ✋


Outside of Masjid Nabawi

The view that I miss :')

The scenic that i miss :')

Just nearby one of the masjid's gate, but surprisingly I did not join the queue hahah


Madinah from the bus

7. Payment

Ada several ways untuk membeli belah di sini. Satu, cash sebab tak semua kedai terima cashless payment. Kedua, mana lah tahu nak bersedekah atau bayar fidyah ke kan. Next, boleh aktif kan kad bank korang untuk payment di oversea. Dan yang ketiga, pakai Big Pay Visa. My husband most of the time pakai Big Pay je, I usually pakai husbandpay 😛

Adalah nak shopping sikit2 buat beli buah tangan

8. SIM Card

Yang ni korang boleh buat research lah yang mana korang prefer. Ada orang prefer roaming sebab tak payah tukar-tukar sim card, senang untuk dapat TAC number incase nak buat online transaction ke apa ke kan. But the cons is takut certain telco punya line coverage dekat certain area tak begitu cunz. Macam I, I beli sim card saudi at around 80 Riyals. Tapi Muadz cakap boleh dapat as low as 50 Riyals, tapi sebab nak cepat kan, kitorang beli je dekat bas waktu kat airport. 

Madinah Airport

Either way yg you guys choose, I personally recommend untuk ada active line untuk senang berkomunikasi sebab kat sana ramai orang dan tak sepanjang masa kita boleh bersama pasangan masing-masing untuk nak beli barang ke nak balik hotel tak ingat jalan ke atau any emergencies lain. So active line dan internet sangat diperlukan.

Madinah at night

Kenapa internet diperlukan, selain untuk whatsapp dan instagram hahaha, nak call I guna facetime call sebab ada few of my family members roaming, so susah sikit lah nak call Malaysia to Saudi numbers and vice versa.

Emmm I think that's all sharing session for this time. Really hope that this long post will help even a bit, especially for those with young kid to bring together to umrah. If got any question to ask, may direct to the comment section below or DM my ig kayy. Email also can, but I'm afraid it will tenggelam with other emails like what happened before~ (in which i just realized those mails wayy later haha....).

Muadz, Mujahidah dan Muhammad, Makkah, 2023.

Akhir kalam, semoga umrah, doa dan ibadah kami diterima Allah.... dan semoga kami serta para pembaca yg beragama Islam dijemput menjadi tetamu Nya lagi ke tanah suci umat Islam ini, Amiiin 😢💓

Assalamualaikum.